Siakap Keli

Perhimpunan Bermula, Jalan Sekitar LRT Bangsar Dilapor Sesak

Berdasarkan rakaman lintas langsung dari Astro Awani menunjukkan kira-kira jam 11.15 pagi tadi, kelihatan orang ramai dipercayai peserta perhimpunan ‘Tangkap Azamm Baki’ sudah mula bergerak di kawasan sekitar LRT Bangsar.

Bagaimanapun, keadaan pada waktu ini dikatakan masih terkawal dan dengan kehadiran anggota polis sedang mengawal keadaan semasa.

Melalui live Astro Awani berkenaan, peserta perhimpunan yang hadir dilihat mengenakan pakai berwarna hitam dan membawa sepanduk yang tertera tulisan-tulisan tertentu.

Begitupun, keadaan di Jalan Bangsar dikatakan sesak akibat polis melencongkan laluan ke Jalan Ma’arof dan tidak membenarkan sebarang kenderaan daripada memasuki jalan ke LRT Bangsar.

Perhimpunan ini didakwa diadakan bagi mendesak agar proses undang-undang ke atas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bermula dengan segera serta menggesa rombakan SPRM dibuat dan seterusnya diletakkan di bawah Parlimen.

Sumber: Astro Awani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang