Siakap Keli
Kredit : MET Malaysia

TERKINI : Gempa Bumi Kuat 6.1 ‘Gegar’ Kepulauan Talaud, Indonesia Sebentar Tadi

Satu gempa bumi kuat M6.1 dikesan berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada jam 10.26 pagi tadi.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak pada latitud 3.6 Utara dan 126.9 Timur.

Gempa yang berlaku dicatatkan pada kedalaman 87 km dan 59 km arah Tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia.

Walau bagaimanapun, tiada ancaman yang dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.

Sumber : MET Malaysia

 

Fathin Nadzira