Siakap Keli

TERKINI: Sultan Ibrahim Perkenan Bubar DUN Johor

Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pembubaran berlaku susulan Baginda Tuanku Sultan berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Dato’ Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, hari ini (22 Januari 2022).

Pembubaran DUN Johor selaras Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang