Siakap Keli
Kredit: Tiktok Fitri Faiz

(Video) Kepala Boleh ‘Bocor’ Kalau Nasib Tak Baik, Abang Ni Dedah Pentingnya Topi Keselamatan Di Tapak Pembinaan

Bagi seseorang yang bekerja di kawasan pembangunan, mereka diwajibkan untuk memakai pakaian keselamatan terutamanya topi. Sama ada pekerja bawahan mahupun atasan, mereka perlu memakai topi keselamatan sekiranya mereka berada di kawasan berdekatan bangunan.

Topi keselamatan sangatlah penting jika berada di kawasan tersebut kerana terdapat banyak benda yang berisiko untuk jatuh di atas kepala. Namun begitu, masih ramai orang yang tidak mahu memakai topi keselamatan dengan alasan mereka hanya singgah sebentar di kawasan tersebut.

Satu video Tiktok yang dikongsi oleh seorang pengguna lelaki bernama @fitriaziz menerangkan betapa pentingnya topi keselamatan di kawasan pembinaan. Video tersebut telah mendapat perhatian netizen yang bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh pemilik video tersebut.

Video tersebut menunjukkan satu kajian yang telah dibuat berkaitan kepentingan topi keselamatan di kawasan pembangunan. Kajian tersebut menunjukkan menggunakan tembikai sebagai bahan kajian. Ujian pertama menunjukkan tembikai itu tidak memakai topi keselamatan dan satu alat telah dijatuhkan daripada bahagian atas. Apabila alat tersebut jatuh ke atas tembikai, tembikai itu telah pecah.

Kajian kedua pula menunjukkan sebuah tembikai yang memakai topi keselamatan. Alat yangs ama juga tgelah dijatuhkan daripada bahagian atas ke arah tembikai tersebut. Apabila alat itu sampai ke arah tembikai yang bertopi itu, tembikai itu tidak pecah kerana dilindungi topi keselamatan tersebut.

Hal ini menunjukkan bahawa topi keselamatan sangatlah penting kepada sesiapa sahaja yang berada di kawasan pembangunan. Menurut pemilik video, topi keselamatan direka khas dengan tali regangan untuk menyerap hentakan. Tali regangan itu akan memberikan jarak antara kepala seseorang dengan topi keselamatan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari sama-sama kita lihat video tersebut!

@fitriaziz_

Kepentingan safety helmet ⚠️‼️⚠️ #thecolossalmalaysia #tiktokguru #learnontiktok #jombelajar #fabad

♬ jk im perfect – 💗

Sumber: Tiktok

Akhmar Ikmal