Siakap Keli
Kredit : TikTok pnlcyr

(Video) ‘So Sweet’, Memerang Laut Pegang Tangan Pasangannya Supaya Tidak Hanyut Semasa Tidur

Setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan. Siapa yang tak mahu hidup bahagia dengan orang yang kita sayang. Dah puas bermadu kasih, takkanlah taknak bawa hubungan tu ke peringkat seterusnya, kan?

Kalau diperhatikan sekeliling kita, kadang-kadang kita akan nampak pasangan itu sangat manis, dah macam rakam filem romantik pula. Berlari-lari tepi pantai, berhujan bawah pokok. Orang kata, kalau boleh belah dada tu, alamatnya melompat-lompat jantung terkeluar sebab berdebar-debar.

Tak masuk lagi yang bab bermulut manis. Kena ayat sikit, cair meleleh terus member. Tak tidur malam asyik teringat buah hati di rumah.

Sama juga seperti haiwan. Ingat manusia je boleh bermesra dengan pasangan mereka. Haiwan pun ada pasangannya dan lebih ‘sweet’ tau.

Seperti sebuah video yang dikongsikan di akaun TikTok pnlcyr. Video tersebut memaparkan aksi dua ekor memerang laut yang berpegangan tangan semasa berada di dalam air.

Betapa comelnya mereka, lebih-lebih lagi salah seekor yang mengambil langkah pertama untuk memegang pasangannya.

Dikatakan memang sifat semula jadi mereka untuk memegang tangan pasangannya semasa tidur supaya salah seekornya tidak hanyut dibawa air.

Apa yang lebih menariknya apabila seekor memerang siap mencium tangan pasangannya. Haiwan pun tahu nak bersweet dengan pasangan sendiri.

Video yang dimuat naik ini telah telah menarik perhatian warganet sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.5 juta.

@pnlcyr

Do you want to hold hands with me? #seaotter #animals #2022 #cute

♬ pluto projector – al

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet geram dengan aksi yang ditunjukkan oleh memerang laut itu. Rata-ratanya ada yang ingin membeli haiwan itu sebab geram dengan bulu-bulu gebu mereka.

Kredit : TikTok pnlcyr
Kredit : TikTok pnlcyr
Kredit : TikTok pnlcyr
Kredit : TikTok pnlcyr

Sumber : TikTok pnlcyr

Fathin Nadzira