Siakap Keli

(VIDEO) Wanita Pasrah Bangun Tidur, Tengok Rambut Depan Lesap Dikerit “Guinea Pig”

Ramai pemilik haiwan peliharaan yang selalu membenarkan haiwan peliharaan mereka untuk tidur bersama di atas satu tempat tidur yang sama. Dan perkara itu tidak pelik. Namun, lain pula halnya dengan seorang pemilik haiwan peliharaan yang comel ini apabila rambutnya di ‘gunting’ oleh seekor ‘guinea pig’.

Menerusi sebuah perkongsian video di akaun TikTok @garasullivan, dia menceritakan bagaimana haiwan kesayangannya itu yang diberi nama Gabby telah menggigit rambutnya di bahagian hadapan.

“Kadang-kadang saya akan tidur dengan ‘guinea pig’ saya di atas lantai rumah. Jadi pada hari kesyukuran saya bangun tidur untuk ke tandas dan melihat muka saya di cermin,” ketika itulah Gara melihat rambutnya yang telah habis di gigit oleh haiwan peliharaannya itu.

“Tetapi dia tak makan rambut itu. Dia cuma menggigitnya sahaja,” tambah Gara lagi meunjukkan rasa geramnya pada Gabby. Dia turut mengongsikan gambar bagaimana rupa rambutnya setelah di gigit oleh Gabby.

Namun begitu, seperti pemilik haiwan peliharaan yang lain, siapa sahaja yang sanggup nak marahkan hidupan comel tersebut.

@garasullivan

♬ Oh No – Kreepa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna terhibur dengan kisah unik daripada pemilik ‘guinea pig’ ini:

‘Dia mahu kelihatan seperti awak’

Kredit: TikTok Gara Sullivan

‘Itulah penggunting rambut tengah malam’

Kredit: TikTok Gara Sullivan

‘Kalau saya tiada rambut, TIADA SIAPA BOLEH’

Kredit: TikTok Gara Sullivan

Sumber: Gara Sullivan

 

 

 

Zahirah