Siakap Keli

Wanita Cedera Selepas Kemalangan Babitkan Kenderaan Dibawa Arnold Schwarznegger

WASHINGTON, 22 Jan – Pelakon Amerika Syarikat Arnold Schwarznegger terlibat dalam kemalangan di California yang mengakibatkan seorang wanita dalam kenderaan lain cedera, lapor Sputnik memetik kenyataan saluran berita TMZ.

Schwarznegger dilaporkan memandu SUV GMC Yukon dan bertembung dengan Toyota Prius berwarna merah.

Kereta pelakon itu mula berpusing, dan melayang di atas Toyota Prius, juga turut melanggar Porsche Cayenne.

Pemandu Toyota Prius, seorang wanita dikejarkan ke hospital akibat kemalangan itu.

Kemalangan dilaporkan berlaku akibat Schwarznegger melanggar lampu isyarat merah. Bagaimanapun, pelakon itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang