Siakap Keli
Gambar: Insider

Digelar ‘Aquaman’, Lelaki Ini Terselamat Selepas 27 jam Hanyut Dibadai Tsunami

Seorang lelaki warga Tonga dilaporkan telah terselamat selepas 27 jam hanyut di laut akibat dibadai tsunami dahsyat ekoran daripada letusan gunung berapi bawah laut Hunga Ha’apai pada Sabtu lalu.

Memetik laporan BBC, lelaki yang dikenali sebagai Lisala Folua, 57, itu telah berpaut pada kayu balak terapung selama 27 jam sebelum akhirnya sampai ke pantai semula.

Folau yang turut digelar sebagai “Aquaman” itu berkata dia takut apabila melihat gelombang tsunami menghampirinya namun dia percaya bahawa Tuhan akan menyelamatkannya.

“Apabila saya berada di dalam air, kaki saya terasa seperti ‘cacat’ dan tidak berfungsi. Laut terus berpusing dan membawa saya ke bawah air.

“Saya dapat mendengar anak saya memanggil dari darat tetapi saya tidak menjawab kerana tidak mahu dia berenang keluar untuk mencari saya, saya hanya berpusing sambil memegang kayu balak,” kata Folau.

Ujarnya lagi, apa yang terlintas di fikirannya selama berada dalam keadaan cemas itu ialah sama ada dia akan hidup atau mati.

Sementara itu, seramai tiga orang dilaporkan telah terkorban akibat kejadian tsunami itu dan tahap kerosakan juga berada dalam skala yang agak besar. Susulan keadaan tersebut, beberapa negara turut sama membantu dengan mengerahkan kapal dan penerbangan ke negara itu.

Sebuah kapal dari New Zealand tiba di pulau utama, Tongatapu pada Jumaat lalu dan membawa 250,000 liter air dan mempunyai loji penyahgaraman di atas kapal yang boleh menghasilkan sehingga 70,000 liter air bersih setiap hari.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan bahawa bekalan air bersih adalah keutamaan bagi negara Pasifik itu.

Bagaimanapun pihak berkuasa juga mendedahkan bahawa ujian air di pulau utama menunjukkan ia selamat untuk diminum.

Sumber: BBC

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.