Siakap Keli
Gambar: via Daily Star

Pelik, Kenapa Hujung Tali Kasut Ada Plastik Jernih? Rupanya Ini Sebabnya

Rekaan setiap tali kasut adalah berbeza. Ada yang mempunyai corak yang berbelang-belang dan ada juga yang mempunyai pelbagai warna yang berbeza-beza.

Tetapi pernah tak anda terfikir mengapa setiap tali kasut mesti ada satu plastik yang membaluti bahagian hujung tali kasut anda?

Bagi anda yang gemar mengumpul kasut (sneakers) mesti sudah tahu apa fungsi plastik tersebut berada pada bahagian hujung tali kasut. Namun mungkin ada juga antara anda yang masih belum tahu mengenai fungsi bahagian plastik itu.

Menurut Daily Star, bahagian plastik di hujung tali kasut itu sebenarnya mempunyai nama. Bahagian plastik yang berada di hujung tali kasut itu dikenali sebagai aglet.

Gambar: via Daily Star

Aglet ternyata mempunyai fungsinya tersendiri. Bahagian plastik itu bukanlah hanya hiasan semata-mata.

Antara fungsinya adalah untuk memastikan tali kasut tidak berbulu di bahagian hujungnya.

Jika bahagian hujung tali kasut tidak diletakkan plastik ini, ia akan membuatkan tali itu mudah berjurai-jurai kerana tali kasut diperbuat daripada benang kain.

Bukan itu sahaja, aglet juga berfungsi untuk memudahkan anda untuk mengikat tali kasut dan memasukkan tali kasut di bahagian lubang yang disediakan.

Oleh itu, anda akan dapat menjimatkan masa ketika sedang memasukkan tali kasut kerana bahagian hujung tali kasut yang mempunyai plastik itu berbentuk tirus dan memudahkan anda untuk memasukkannya di dalam lubang.

Tambah laporan sekali lagi, aglet ini dicpita oleh Harvey Kennedy pada tahun 1790 dan telah dipatenkan.

Sumber: Daily Star

Nadhirah