Siakap Keli
Credit: Eco-Business

Sisik Tenggiling Boleh Cecah Ribuan Ringgit, Dipercayai Boleh Ubati Beberapa Jenis Penyakit

Di Miri, seorang warga indonesia telah di tangkap oleh pihak polis kerana memiliki sisik tenggiling. Beliau telah didenda RM50.85 juta dan penjara selama setahun kerana memiliki 5,058 sisik tenggiling.

Tenggiling merupakan spesies haiwan bersisik yang boleh ditemukan di kawasan tropika dan subtropika. Mempunyai 8 jenis spsesies dan salah satunya adalah berasal dari Malaysia.

Kenapa sisik haiwan tersebut mahal dan apa kegunaan sisiknya? Sebahgian masyarakat atau kaum di dunia ini percaya sisik tenggiling mampu menyembuhkan beberapa jenis penyakit.

Menurut National Geographic, berpuluh-puluh ribu tenggiling diburu dan dibunuh setiap tahun mendapatkan sisiknya untuk kegunaan tradisional sesetangah kaum. Selain itu, dagingnya akan dijadikan hidangan istimewa untuk golongan kaya di sesetengah tempat.

Walaupun ada pandangan yang mengatakan bahawa sisik tenggiling adalah salah satu method  dalam perubatan. Memetik kenyataan dari Nature, sisik haiwan tersebut adalah lebih kurang sama dengan kuku pada jari manusia, ianya tidak ada nilai dalam perubatan.

Tenggiling juga merupakan haiwan liar yang membawa parasit dan virus yang tidak diketahui yang boleh mendatangkan penyakit.

Sumber: Nature & National Geographic

Faiz Mustafa