Siakap Keli
Gambar: Bernama

Tun M Masih Dirawat Di IJN, Jangan Endahkan Khabar Angin, Sumber Tidak Sahih – Marina Mahathir

Terkini, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan masih lagi dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir menerusi kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.

Beliau dan keluarga juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah berdoa agar Tun Dr Mahathir cepat sembuh.

“Kami sekeluarga telah berinteraksi dengan beliau. Bagi pihak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, di dalam dan luar negara, yang telah menganjurkan majlis doa selamat dan bacaan yasin dan juga orang ramai dari pelbagai agama yang telah mengirim doa serta ucapan agar Tun Dr Mahathir cepat sembuh,” katanya.

Tambah kenyataan itu, beliau dan keluarga juga berharap agar orang ramai tidak mengendahkan khabar angin yang disebarkan oleh sumber-sumber yang tidak sahih.

“Pihak IJN dan keluarga Tun Dr Mahathir akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir dilaporkan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) semalam untuk mendapatkan rawatan. Susulan itu, orang ramai termasuk netizen di luar negara membanjiri media sosial dengan ucapan dan doa agar Tun Dr Mahathir segera sembuh.

Sumber: Bernama Radio

Sofea

There's always another side to every story