Siakap Keli
Gambar: TikTok Nuril Farhanah Ibrahim

(Video) Dua Abam ‘Rider’ Bantu Warga Emas Lintas Jalan, Raih Pujian Netizen

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menjadi seorang food rider (penghantar makanan) bukanlah perkara mudah. Demi mencari rezeki yang halal, rider sanggup menghadapi cabaran cuaca panas terik dan hujan lebat demi memastikan makanan selamat sampai kepada pembeli.

Di samping mengharungi cabaran-cabaran tersebut, ada juga rider yang dilihat masih mempunyai nilai murni dan semangat kemanusiaan dalam diri mereka.

Begitulah yang ingin dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok ini iaitu Nuril Farhanah Ibrahim.

Menerusi perkongsian video tular itu, dapat dilihat dua orang penghantar makanan yang sanggup menunggang motosikal secara perlahan untuk memastikan seorang warga emas dapat melintas jalan dengan selamat.

Situasi itu berjaya dirakam oleh pemilik dan kini menjadi tular di media sosial. Dua orang penghantar makanan itu sanggup menjadi pengiring kepada warga emas tersebut dengan cara menggiring di bahagian kiri dan kanan warga emas itu supaya dia dapat melintas dengan selamat.

Video berdurasi 25 saat itu raih pujian warganet di ruangan komen. Rata-rata mereka berasa terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh kedua-dua rider itu.

Malah ada juga yang turut mendoakan kesejahteraan kepada kedua-dua orang rider itu.

Kredit: TikTok Nuril Farhanah Ibrahim
Kredit: TikTok Nuril Farhanah Ibrahim
Kredit: TikTok Nuril Farhanah Ibrahim
Kredit: TikTok Nuril Farhanah Ibrahim
@nurilfarhanahibrahim

☺️ #kitabaikramaisayang #abanggrabfood #abangfoodpanda #fypシ

♬ original sound – Rina🍀cancer – I’m okey😊

Sumber: TikTok Nuril Farhanah Ibrahim

Nadhirah