Siakap Keli
Kredit: Andrew Coop/Unsplash via Oddity Central

Gara-gara ‘Loan’ RM90K Tak Lulus, Lelaki Tekad Bakar Bank

Baru-baru ini pihak polis di India telah menahan seorang lelaki kerana dipercayai telah membakar sebuah cawangan bank di sana gara-gara ‘loan’ yang dimohon tidak diluluskan, lapor Oddity Central.

Lelaki terbabit, W (bukan nama sebenar), 33 tahun yang merupakan seorang pekerja amal dari Haveri didakwa telah melakukan permohonan pinjaman di Canara Bank sebanyak RM90,000 pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun menurut Oddity Central, permohonannya terpaksa ditolak disebabkan terdapat percanggahan dalam kertas kerja yang dikemukakan didapati telah melanggar polisi kredit bank.

Oleh sebab tidak berpuas hati dengan pihak bank, W nekad memecahkan cermin bank tersebut dan menyimbah cecair jenis mudah terbakar ke dalam bangunan itu.

“Dia marah kerana permohonan pinjamannya tidak diluluskan oleh pihak bank, jadi dia sembur beberapa bahan mudah terbakar mungkin minyak petrol. Perkara tersebut masih dalam siasatan.

“Beliau bekerja menjalankan sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) dan membuat permohonan pinjaman untuk membeli sebuah mesin sebanyak RM90,000. Nasib baik tiada wang tunai, emas atau barang lain yang hangus terbakar,” kata polis tempatan kepada The National.

Walaupun pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran tersebut, polis mendapati sebanyak lima buah komputer, kipas, mesin pencetak, mesin kira duit dan lampu yang nilainya mencecah RM60,000 turut hangus terbakar.

Sumber: Oddity Central, The National

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.