Siakap Keli
Gambar hiasan via Bernama

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Dakwa Pembalakan Tak Jejas Populasi Harimau

Aktiviti pembalakan yang dijalankan di hutan-hutan di sekitar Kelantan didakwa tidak menjejaskan populasi harimau, dakwa Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) memetik laporan Sinar Harian.

Jabatan tersebut menjelaskan, aktiviti itu sebaliknya didakwa baik bagi usaha menambahkan lagi populasi haiwan liar berkenaan seperti kajian yang dibuat oleh seorang pakar dari Sarawak.

Pengarahnya, Abdul Khalim Abu Samah mendakwa, tumbuhan-tumbuhan baharu yang muncul (dari kawasan yang ditarah) di kawasan pembalakan dipercayai boleh menarik haiwan lain ke kawasan tersebut, misalnya kancil.

“Kedatangan haiwan seperti kancil itu akan menjadi sumber makanan buat harimau.

“Situasi itu juga akan memudahkan harimau mendapatkan sumber makanan berbanding kawasan hutan tebal,” jelasnya, memetik Sinar Harian hari ini.

Menurut Sinar Harian lagi, Abdul Khalim menjelaskan sedemikian bagi mengulas dakwaan mengenai perkampungan orang asli yang diceroboh harimau dipercayai akibat kerja-kerja pembalakan yang berleluasa.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa negeri tersebut sentiasa mematuhi kadar Catuan Tebangan Tahunan (CTT) seperti yang ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara.

“Kita tidak pernah melebihi catuan tebangan sebagaimana dibenarkan iaitu 3,900 hektar setahun.

“Malah pembalakan hanya dilakukan di hutan pengeluaran, bukannya hutan perlindungan,” katanya, memetik Sinar Harian lagi.

Difahamkan, beliau turut turun padang menyaksikan Operasi Bersepadu Membanteras Penerokaan Haram di Hutan Simpan Relai, Ladang Serasa hari ini.

Menurut Sinar Harian, seramai 81 anggota terdiri daripada JPNK; Pejabat Tanah dan Galian; Polis Diraja Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia turut terlibat dalam operasi tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.