Siakap Keli

Rimas Kena Tag Video Tak Senonoh? Ni Cara Nak ‘Setting’ Kat Facebook, Elak Jadi Mangsa ‘Tagging’

Fungsi tagging di Facebook diperkenalkan sejak awal penubuhan aplikasi media sosial itu bagi memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan menyebarkan maklumat dengan lebih meluas.

Bagaimanapun sejak beberapa bulan yang lalu, rata-rata pengguna Facebook tidak berpuas hati dan merasa rimas apabila di-tag dengan video dan gambar yang tidak senonoh dipercayai daripada akaun yang telah digodam.

Tambahan lagi, ia semakin menular dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna Facebook.

Bagi yang sudah buntu dan rimas dengan tagging itu, anda sebenarnya boleh menetapkan semula fungsi tersebut di dalam tetapan Facebook.

Jika tidak tahu, mari ikuti perkongsian yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook, Cikgu Siti Suhaila mengenai cara-cara untuk menetapkan semula fungsi tagging itu dengan hanya beberapa langkah mudah.

Rimas asyik kena tag dengan video yang tak sepatutnya?

Buat step-step macam ni supaya kalau kita kena tag pun post-post tu takkan terpapar kat wall kita selagi kita tak approve.

Cegah sebelum terlambat.

Sekali semak wahh memang banyak sangat-sangat kena tag. Mujur dah bertahun setting gini.

Macam-macam helah sekarang ni. Hati-hati!

1. Pergi ke Settings and Privacy

2. Klik profile settings

3. Klik profile and tagging

4. Klik Reviewing

5. Aktifkan review tags on your posts

Apabila anda mengaktifkan fungsi ini, segala video atau gambar yang di -tag perlu dilihat atau ‘diluluskan’ oleh anda terlebih dahulu sebelum ia muncul di halaman Facebook anda. Semoga bermanfaat.

Sumber: Cikgu Siti Suhaila

Sofea

There's always another side to every story