Siakap Keli
Gambar: via Daily Mail

Singa Jantan Hilang ‘Jantan’, Buah Zakar Luka Teruk Digigit Singa-singa Betina Ketika Cuba Curi Makanan

Seekor singa jantan di Kenya dilapor telah hilang ‘kejantanannya’ apabila buah zakarnya didakwa cedera teruk akibat digigit singa-singa betina ketika cuba mencuri makanan daripada mereka.

Memetik laporan Daily Mail, singa jantan itu pada awalnya dipercayai mencuri makanan berupa bangkai kerbau daripada sekumpulan anak-anak singa sebelum ibu mereka bertindak menyerangnya.

Kejadian itu disaksikan oleh jurufoto Animal News Agency, iaitu Gren Sowerby, 71. Menurut Gren, pergaduhan sengit itu diibaratkan seolah-olah ‘perlawanan kereta F1’.

Insiden ngeri itu mula berlaku apabila singa jantan yang dinamakan sebagai Mandevo cuba mencuri bangkai seekor kerbau daripada anak-anak singa. Tetapi tindakannya itu membuatkan ibu-ibu singa betina tersebut berang.

Difahamkan, ketika itu singa jantan berkenaan langsung tidak menyangka bahawa bangkai kerbau itu rupa-rupanya adalah untuk 11 ekor anak singa tersebut.

Gambar: Gren Sowerby via Daily Mail
Gambar: Gren Sowerby via Daily Mail

Berang makanan mereka diganggu, ibu-ibu singa tersebut menyerang kembali Mandevo sebelum bertindak ganas menggigit buah zakar singa jantan berkenaan.

Susulan kejadian ganas itu, Mandevo dilapor mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian kemaluannya. Foto yang dirakam Gren juga menunjukkan singa jantan itu terdampar lemah selepas diserang beramai-ramai.

Keadaan itu memaksa Mandevo terpaksa dikejarkan ke pusat perubatan haiwan. Disebabkan kejadian itu, doktor haiwan yang merawatnya memutuskan untuk mengeluarkan salah satu buah zakarnya.

“Kami sangat terkejut, tetapi kami dah pernah lihat kejadian sama seperti ini.

“Kami nampak kerosakan yang dialami oleh singa jantan itu.

“Para renjer kami telah menghantar singa itu ke doktor haiwan di Rumah Anak Yatim Gajah Nairobi,” jelas Encik Gren.

Doktor haiwan kemudiannya melakukan pembedahan ke atas singa jantan itu. Kini haiwan itu semakin pulih dan sedang dipantau oleh mereka.

Gambar: Gren Sowerby via Daily Mail
Gambar: Gren Sowerby via Daily Mail

Sumber: Daily Mail

 

Nadhirah