Siakap Keli

(Video) Kolar T-shirt Dah Kembang? Ni Cara Mudah Nak ‘Repair’, Pakai Air Panas Mendidih Je

Bahagian kolar baju T atau T-shirt akan mudah mengembang dan regang disebabkan dipakai berulang-ulang kali ataupun salah cara mengeringkannya. Contohnya, jika anda menjemur baju menggunakan hanger, menyebabkan bahagian bawah baju menarik bahagian atas baju sekaligus meregangkan bahagian leher baju.

Kolar T-shirt mengembang seperti ini akan membuatkan kita kelihatan tidak kemas. Pun begitu, pasti di kalangan anda memutuskan untuk simpan sahaja T-shirt yang mempunyai masalah ini. Mana tidaknya, sayang pula kalau dibuang begitu sahaja jika ia masih kelihatan elok dan boleh dipakai lagi.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @obsdncollective, lelaki ini tunjuk cara yang anda boleh gunakan untuk ‘repair’ kolar T-shirt yang mengembang supaya kelihatan seperti baharu. Untuk lebih mudah faham, anda boleh tonton video di bawah.

@obsdncollective

Reply to @beckhamkd I hate making 2 part videos but it’s gonna take all day to dry #Vintage #VintageClothes #grailed #thrifting #vintagefashion

♬ Lady Brown – Nujabes

Sumber: TikTok

Aireena Marizan