Siakap Keli
Gambar: Hello Doktor

Betul Ke Ambil Gula Secara Berlebihan Anak Jadi Hiperaktif?

Anda mesti selalu dengarkan orang kata kalau kanak-kanak mengambil jumlah makanan yang bergula secara berlebihan mereka akan menjadi terlebih bertenaga atau hiperaktif.

Keadaan hiperaktif disebabkan pengambilan gula yang berlebihan ini ialah satu situasi yang biasa untuk ibu bapa, dan mereka juga sering berjaga-jaga dengan pengambilan makanan anak-anak mereka.

Namun begitu, benarkah kesan pengambilan gula secara berlebihan itu akan membuatkan anak-anak hiperaktif? Untuk maklumat lanjut ikuti penjelasan daripada laman Hello Doktor berkenaan isu ini.

Terlebih Gula Punca Hiperaktif, Mitos @ Fakta? Ini Kebenarannya…

Teori hiperaktif kesan pengambilan gula berlebihan

Benarkah gula yang menjadi penyebabnya? Ia dianggap benar satu ketika dahulu, namun dalam sains moden, tidak sama sekali.

Teori popular yang mengaitkan antara gula dan kesan hiperaktif adalah dicipta oleh Pakar Alahan, Dr Benjamin Feingold pada tahun 1973.

Beliau menyarankan untuk menyingkirkan bahan tambahan dalam makanan seperti pewarna dan perisa tiruan daripada diet harian kanak-kanak kerana ia mungkin penyebab mereka hiperaktif.

Walaupun diet yang disyorkan tidak menyebut mengenai gula, namun ia diletakkan di bawah kategori bahan tambahan selepas wujud kepercayaan umum bahan tersebut mempengaruhi tingkah laku.

Kredit: Hello Doktor

 

Kajian kesan gula terhadap kanak-kanak

Melalui pelbagai eksperimen, saintis tidak menemukan sebarang bukti kukuh untuk menyokong dakwaan bahawa gula boleh mengakibatkan hiperaktif.

Sebagai contoh, pemerhatian daripada University of Kentucky mendapati, menambah dan menyingkirkan bahan tambahan makanan dalam diet kanak-kanak hanya mewujudkan isu hiperaktif daripada ibu bapa walaupun ujian klinikal objektif membuktikan sebaliknya.

Sebuah kajian lain turut dilakukan oleh University of Iowa melibatkan 2 kumpulan kanak-kanak – prasekolah biasa dan mereka yang dilaporkan sensitif terhadap gula.

Kedua-dua kumpulan ini diberikan sukrosa, aspartam atau sakarin – 2 bahan terakhir dipercayai tidak memberi kesan ke atas tingkah laku.

Sumber: Hello Doktor

Zahirah