Siakap Keli
Kredit : Daily Mail

3 Negara Ini Duduki Tangga Teratas Senarai Negara Paling Kurang Rasuah Di Dunia

Denmark, New Zealand dan Finland menduduki tangga teratas dalam senarai negara paling kurang rasuah di dunia, manakala Sudan Selatan berada di tangga bawah, lapor Daily Mail.

Denmark, New Zealand dan Finland dikatakan terikat di tempat pertama dengan mengumpul sebanyak 88 mata setiap satu dan dua yang pertama adalah tidak berubah.

Sudan Selatan pula dipercayai berada di tangga terbawah dengan mengumpul sebanyak 11 mata dan menjadikannya negara paling teruk dalam kegiatan rasuah.

Menurut Indeks Persepsi Rasuah 2021 Transparency International, sebanyak 180 negara dan wilayah pada skala yang ditetapkan iaitu ‘sangat rasuah’ 0 hingga ‘sangat bersih’ 100.

Norway, Singapura, Sweden, Switzerland, Belanda, Luxembourg dan Jerman mengungguli tangga 10 teratas, manakala United Kingdom menduduki tangga ke-11 dengan 78 mata.

Berdasarkan laporan, kebanyakan negara telah mencapai sedikit atau tiada kemajuan dalam mengurangkan tahap rasuah sepanjang dekad yang lalu.

Selain itu, ia juga berkait dengan tindak balas pihak berkuasa terhadap pandemik COVID-19 yang melanda telah menjejaskan akauntabiliti.

Transparency International mendapati bahawa bukan sahaja di negara yang mempunyai rasuah sistemik dan institusi yang lemah, tetapi dalam kalangan negara demokrasi yang mantap juga.

Isu penggunaan perisian Pegasus juga dikaitkan dengan mengintip aktivis hak asasi manusia, wartawan dan ahli politik di seluruh dunia.

Kebanyakan negara dikatakan menggunakan wabak tersebut sebagai alasan untuk menyekat kebebasan asas dan mengetepikan semakan dan imbangan penting.

Di beberapa negara Asia, COVID-19 pula digunakan sebagai sekatan kritikan untuk menunjukkan peningkatan pengawasan digital dan pendekatan autoritarian di negara lain.

Dalam ranking tersebut, Amerika Syarikat dilaporkan terkeluar daripada senarai apabila menghadapi serangan berterusan terhadap pilihan raya dan sistem kewangan kempen yang tidak jelas.

Kanada pula merosot sebanyak tiga mata kepada 74 dan menduduki ranking ke-13 akibat peningkatan risiko rasuah dan rasuah dalam perniagaan.

Di samping itu, penerbitan Kertas Pandora menunjukkan Kanada sebagai hab aliran kewangan haram dan menyemarakkan rasuah transnasional di seluruh rantau.

Somalia dan Sudan Selatan yang berkongsi tempat terakhir pada tahun 2020 terikat dengan Syria di tempat kedua dan 13.

Seterusnya, diikuti oleh Venezuela, Yaman, Korea Utara dan Afghanistan yang terikat dengan 16 setiap satu.

Transparency berkata negara-negara berikut memperoleh markah terendah kerana mengalami konflik bersenjata atau autoritarianisme.

“Kawalan rasuah telah terbantut atau bertambah buruk di 86% negara dalam tempoh 10 tahun lepas.- Transparency

“23 negara termasuk A.S., Kanada, Hungary dan Poland telah menurun dengan ketara indeksnya, manakala 25 lagi meningkat termasuk Estonia, Seychelles dan Armenia.”

Sumber : Daily Mail

Fathin Nadzira