Siakap Keli
Gambar: Mohd Helmy Ismail

“Pastikan Jarak Antara Bata Konsisten…” Abang Tukang Kongsi Cara Tepat Ikat Bata Merah Untuk Rumah Sendiri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau sebut tentang batu bata sudah tentu ramai yang mengenalinya. Batu bata merupakan bahan bangunan yang sangat familiar dan selalu digunakan untuk menghasilkan tembok, pagar dan bahagian-bahagian rumah yang lain.

Bahkan memiliki rumah dengan tembok batu bata merah juga dilihat menjadi kegilaan masyarakat sekarang untuk menghasilkannya.

Tetapi, untuk menghasilkan tembok dengan menggunakan bata merah bukanlah perkara yang mudah. Bata merah ini sangat rumit dan memerlukan kerja yang sangat teliti.

Oleh itu, anda bolehlah ikuti perkongsian tips daripada seorang warga Group Facebook Tukang Apa Hari ini Mohd Helmy Ismail berkenaan tips ikat bata merah sendiri tetapi kemas dan cantik.

Nak Ikat Bata Merah Untuk Rumah Sendiri? Ikuti Perkongsian Abang Ini

Salam semua. Just share satu lagi kerja tembok bata merah yang berjaya disiapkan. Tembok ni saya hanya gunakan bata merah biasa sahaja,bukan jenis bata merah cantik atau facing brick. Cumanya nak ikat tu kena slow and steady dan juga cermat.

Sedikit perkongsian tips untuk ikat bata merah:

Untuk dapatkan bata merah biasa yang cun, sebaiknya round dan survey dulu di beberapa hardware. Hardware yang jauh sikit pun takpe. Sebab selalunya hardware ni dapat stock bata merah dari kilang yang berbeza. Jadi kena rajin jalan2 cari bata yang sesuai.

Bila dah jumpa bata yang sesuai, dah masuk order, pastikan masa delivery bata tu, request hardware untuk turunkan bata tu guna kren. Tujuannya nak pastikan surface tepi-tepi bata tu tak pecah dan sumbing masa delivery. Kalau turun pakai “bucket jack” biasanya hampir 50% keadaan bata tu rosak dan pecah. Kalau nak ikat bata then finishing plaster, takpa la. Tapi kalau nak dapatkan finishing tanpa plaster, kena jaga-jaga masa delivery lagi. Untuk ikat bata ni, sekali lagi kena pilih dan check keadaan bata. Try pilih dan asingkan bata yang comel dan tak comel. Dapat bata yang comel, baru kita mula ikat bata.

Masa ikat, pastikan lap dan cuci terus lebihan simen atau lebihan air simen tu. Tujuannya nak pastikan keadaan surface bata sentiasa bersih. Jangan tunggu sampai lebihan simen tu dah kering baru nak cuci…memang menangis nanti. Sebab tu nak ikat bata macam ni dan dapatkan finishing ni kena slow and steady. Memang akan ambil masa. Pastikan tukang ikat bata tu adalah seorang yang penyabar. Pastikan juga masa ikat tu, jarak antara bata tu konsisten. Baru nampak comel dan kemas.

Bila dah siap ikat, cek balik ruang gap antara bata untuk pastikan simen cukup dan konsisten. Mana yang tak cukup simen, just tambah je. Cuma masa tambah, pastikan cuci terus surface bata tu bila terkena simen. Bila dah siap, dan simen cukup keras, cuci lagi sekali permukaan bata tu dan biarkan kering secukupnya. Last sekali, bila dah cukup bata dah cukup kering dan bersih, kita boleh sapu clear varnish untuk naikkan kaler bata merah tu dan juga sebagai protection untuk surface bata tu. Saya biasa guna clear varnish brand DOLPHIN. So far brand ni ok. Untuk design macam ni, ianya perlukan sedikit maintenance. Sebaiknya dalam tempoh setahun atau setahun setengah, sapu balik clear varnish pada surface bata merah tu.

Kesimpulannya untuk buat tembok macam ni, kena banyak bersabar. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba.

Gambar: Mohd Helmy Ismail
Gambar: Mohd Helmy Ismail
Gambar: Mohd Helmy Ismail
Gambar: Mohd Helmy Ismail
Gambar: Mohd Helmy Ismail
Gambar: Mohd Helmy Ismail
Gambar: Mohd Helmy Ismail
Gambar: Mohd Helmy Ismail

Sumber: Mohd Helmy Ismail melalui FB Tukang Apa Hari Ini

Nadhirah