Siakap Keli
nelayan temui mayat
Gambar hiasan

Posting Imej Seakan Jata Negeri Pahang Yang Diubah Suai, Fahmi Redza Disiasat

Dalam Kenyataan Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui akaun Twitter rasmi mereka memaklumkan bahawa PDRM sedang melakukan siasatan berhubung posting yang dimuat naik pada 3 Januari lalu oleh pemilik akaun Facebook Fahmi Reza.

Hal ini berhubung imej yang disunting seakan jata negeri Pahang dengan perkataan ‘HOUSE OF BALAK’. Posting berikut boleh diakses melalui pautan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataannya memaklumkan siasatan ke atas suspek dilakukan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut.

Suspek turut disiasat atas Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Pada hari ini, 25 Januari 2022 suspek (Fahmi Redza) telah dipanggil ke pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian pendakwaan / Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit untuk menyebarkan maklumat yang boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

Menurut Datuk Seri Abd Jalil Hassan tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

Sumber: PDRM

 

Nadhirah