Baru-baru ini, saintis dilaporkan berjaya menangkap imej seekor ikan yang unik dan jarang ditemui. Kepala ikan yang berbentuk bulat itu seakan lutsinar dan ia juga mempunyai mata seperti bola hijau pada bahagian dahinya.
Menurut sumber, ikan yang dikenali sebagai ikan barreleye (Macropinna microstoma), hidup ratusan meter di bawah permukaan Teluk Monterey di luar pantai California, Amerika Syarikat.
Penyelidik di Monterey Bay Aquarium Research Institute (MBARI) memaklumkan bahawa ikan tersebut sangat jarang ditemui dan mereka hanya pernah melihat spesies itu sebanyak 9 kali sahaja.
I spy with my barreleye, a new #FreshFromTheDeep!
During a dive with our education and outreach partner, the @MontereyAq, the team came across a rare treat: a barreleye fish (Macropinna microstoma). pic.twitter.com/XjYj04MOCt
— MBARI (@MBARI_News) December 9, 2021
Difahamkan, seekor ikan barreleye yang sedang berenang telah dilihat oleh sepasukan saintis yang menggunakan Ventana MBARI ROV.
Pada masa itu, ROV sedang menyelam pada kedalaman kira-kira 650 meter di Monterey Submarine Canyon.
“Barrel itu mula-mula kelihatan sangat kecil dalam kejauhan, tetapi saya tahu apa yang saya lihat,” kata salah seorang aquarist kanan di Akuarium Teluk Monterey, Thomas Knowles, memetik Live Science.
Dalam cahaya ROV, mata ikan barreleye terlihat bersinar dengan warna hijau terang dan boleh dilihat dengan mudah melalui perisai jernih berisi bendalir yang menutupi kepala ikan.
Mata ikan itu pula dikatakan sangat sensitif kepada cahaya dan boleh dihalakan terus ke atas atau ke hadapan.
Walau bagaimanapun, penyelidik mengatakan bahawa mereka masih tidak tahu seberapa banyak populasi ikan barreleye yang hidup di lautan.
“Kami masih tidak mengetahui mengenai saiz populasi, kecuali dari segi relatif,” kata salah seorang saintis kanan MBARI, Bruce Robison dalam satu kenyataan.
Sumber: Indozone