Siakap Keli
Gambar: Reader's Digest & Pet MD

(Video) Anjing Kerap Berpusing-pusing Sebelum Buang Air Besar, Ternyata Ini Sebabnya

Mesti ada antara anda yang pernah nampak situasi di mana anjing sedang berputar-putar tiba-tiba berhenti kemudiannya lepaskan hajat. Perkara ini nampak pelik tetapi sebenarnya ia perkara normal buat anjing.

Bukan setakat dekat rumput anjing boleh berputar-putar dan melepaskan hajat malah di pelbagai tempat baru lagi dia boleh buat.

Mental Floss ada berkongsikan jawapan tentang mengapa anjing bertindak sedemikian sebelum membuang air besar.

Sebelum ini, pelbagai teori yang sudah dikemukakan bagi merungkai persoalan ini. Ada yang mengatakan bahawa rumput adalah tempat yang lebih menyenangkan untuk anjing membuang air besar.

Menurut Mental Floss, haiwan ini dipercayai cenderung untuk melakukan pusingan sebelum membuang. Sebab mengapa haiwan ini bertindak sedemikian adalah untuk memastikan mereka mengarah ke utara atau selatan.

Lebih-lebih lagi pada ketika 20% waktu siang iaitu pada masa medan magnet bumi dalam keadaan paling tenang.

Walaupun medan magnet ini sentiasa berubah-ubah, anjing akan tetap aktif untuk mengelak daripada membuang air besar atau air kecil dari paksi timur mahupun barat. Sebab mengapa anjing berbuat sedemikian masih lagi diperbahaskan dan belum mempunyai jawapan yang pasti.

Tindakan anjing meratakan rumput sebelum membuang juga adalah kerana mahu mewujudkan tempat yang lebih menyenangkan dan selesa untuk anjing membuang air besar.

Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan bahawa anjing berbuat sedemikian adalah untuk keselamatan iaitu sebagai imbasan pantas anjing terhadap pemangsa.

Sumber: Mental Floss

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.