Pernah tak anda memandu sambil mengekori sebuah lori ataupun bas, mereka menyalakan lampu isyarat atau signal kanan? Lebih-lebih lagi jika anda berada di laluan yang sempit atau laluan yang berisiko untuk memotong. Sedangkan, mereka tiada tanda-tanda untuk memasuki simpang atau berhenti di tepi jalan pun.
Pasti persoalan ini sering timbul jika situasi seperti ini berlaku pada anda. Sebenarnya, ada maksud di sebalik nyalaan lampu isyarat atau signal tersebut, baik di sebelah kanan mahupun sebelah kiri.
Dalam satu perkongsian video yang dimuat naik di TikTok @abg_marn, lelaki ini kongsi mengapa bas dihadapannya menyalakan lampu isyarat sebelah kanan. Hal ini kerana, dihadapan bas tersebut ada kenderaan dan tidak selamat untuk memotong. Ketinggian bas yang melebihi had kereta memudahkan mereka untuk melihat apa yang berada dihadapan mereka.
Untuk lebih mudah faham, anda boleh tonton video di bawah.
@abg_marn #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #tiktokbrunei #kamisempoi #gengpakcikketiak #genghentak #respect #signalfound #fyp #saluteyou #busdriver #schoolbus
Sumber: TikTok