Semasa sedang tidur, kita semua tidak akan sedar apa yang dilakukan oleh tubuh badan kita dan ini termasuklah jika kita berdengkur dengan kuat. Berdengkur adalah satu keadaan di mana keluar bunyi serak atau keras daripada rongga mulut atau hidung ketika sedang tidur.
Bagi sesetengah orang, mereka percaya bahawa berdengkur adalah tanda tidur lena. Sebenarnya tidak, kerana ia juga mungkin merupakan salah satu simptom gangguan tidur. Bukan sahaja pada diri kita, malah pada orang di sekeliling kita juga.
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @sani_ART_5, dapat dilihat bahawa seorang lelaki mengalami kesukaran disebabkan rakannya sedang tidur sambil berdengkur. Video ini juga telah menarik perhatian dan menghiburkan warganet di aplikasi tersebut.
@sani_art_5
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat sebanyak 100.9k tanda suka atau likes. Menariknya, warganet turut meninggalkan komen lucu dan berseloroh tentang video tersebut.
Sumber: TikTok