Siakap Keli
TikTok: @hidayah2207

(Video) Setiap Posisi Ada ‘Makna’ Tersendiri, Ini Maksud Tertentu Bila Sudu Diletakkan Atas Pinggan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda tinggalkan pinggan makanan anda sebentar sahaja, kemudian anda dapati pinggan anda sudah diambil atau diangkat dari meja makan oleh pelayan?

Sebenarnya, susunan sudu dan garfu selepas makan membawa maksud tertentu. Melalui susunan sudu dan garfu juga memberi tanda atau sign kepada pelayan restoran atau pemilik restoran. Etika ini biasa dipraktikkan di restoran-restoran mewah mahupun hotel.

Pun begitu, amat penting untuk anda mengetahui tentang maksud di sebalik cara-cara meletakkan sudu dan garfu ketika berada di meja makan agar tidak memberi tanda yang salah kepada pelayan mahupun pemilik restoran.

Dalam satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @hidayah2207, wanita ini kongsi cara-cara meletakkan sudu dan garfu ketika berada di meja makan serta maksudnya. Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 15 saat itu telah mendapat sebanyak 22.2k tanda suka atau likes.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut maksud di sebalik susunan sudu dan garfu ketika makan di majlis atau restoran mewah, anda boleh tonton video di bawah ini.

@hidayah2207

#loveyourself #fyp #agelesshavenresources #groominginstructor #customerservice #personalbranding #imageconsultant #agelessbeauty

♬ original sound – Hidayah Husin – Hidayah Husin

Sumber: TikTok

Aireena Marizan