Siakap Keli
Gambar: Putra Mar & via FB APM Kuala Muda

(Video) Viral Adik ‘Wartawan Cilik’ Buat Laporan Sampai ‘Termengah’, Ini Rupanya Ular Sawa Yang Ditemuinya

Beberapa jam yang lalu sebuah video tular memaparkan aksi si cilik bernama Muhammad Haziq Muhammad Asyraf yang bersemangat melaporkan mengenai kejadian di mana dia telah menemukan seekor ular sawa besar.

Menurut laporannya dalam video tersebut, ular sawa itu ditemui sedang berada di dalam longkang di Pasar Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.

Video itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Putra Mar siang tadi sebelum tular dan menjadi perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video itu, kanak-kanak tersebut, Muhammad Haziq kelihatan sedang menyampaikan laporan ‘terkininya’ mengenai penemuan reptilia berkenaan sambil berlari hingga termengah-mengah.

Namun apa yang menariknya, aksi Haziq yang sangat bersemangat ini dipuji ramai hingga ada yang menggelarkannya sebagai wartawan cilik.

Dalam laporan video itu, jelas Haziq, pada awalnya orang ramai menyangka bahawa punca air longkang bertakung adalah disebabkan longgokan sampah.

Namun penjelasan ‘padu’ yang disampaikan Haziq telah membahaskan segala-galanya. Mari ikuti video viral tersebut di bawah ini.

Ingatkan sampah, rupa-rupanya…

Walau bagaimanapun, wartawan cilik tersebut berjaya merungkai ‘misteri’ air bertakung itu dengan menemui seekor ular sawa bersaiz besar yang berada di dalam longkang yang bertutup.

Susulan penemuan itu, adik Muhammad Haziq telah melaporkan kejadian tersebut kepada Anggota  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menangkap ular berkenaan.

Video itu meraih lebih setengah juta tontonan di laman Facebook dengan jumlah perkongsian video sebanyak 21 ribu perkongsian setakat ini.

Manakala, di ruangan komen pula rata-rata warganet pula turut memberi reaksi terhadap ‘wartawan cilik’ itu.

Kredit: FB Putra Mar
Kredit: FB Putra Mar
Kredit: FB Putra Mar

Kejadian itu telah disahkan oleh akaun rasmi Facebook milik APM Kuala Muda. Tidak sampai beberapa jam, tular pula video kedua yang memaparkan penemuan ular sawa besar tersebut.

Memetik perkongsian video yang turut dikongsikan di laman Instagram Viral Terkini, kelihatan pihak anggota APM sedang bertungkus-lumus menyelongkar longkang tertutup berkenaan.

Akhirnya seperti apa yang dilaporkan Haziq, seekor ular sawa ‘gergasi’ sedang selesa ‘berehat’ di balik longkang tersebut. Turut jelas kedengaran suara adik Haziq tadi yang masih ‘rancak’ melaporkan perkembangan terkini di situ.

Hasil usaha gigih adik ini, kini ular sawa besar itu telah pun berjaya ditangkap oleh pihak APM. Laman Facebook APM Kuala Muda juga turut berkongsi kejayaan tersebut.

Nak tahu besar mana saiz ular sawa itu? Jom tonton video kedua yang viral seperti yang dikongsikan Viral Terkini di bawah ini.

Adik Muhammad Haziq, anda memang hero!

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Viral Terkini Malaysia (@terkini.my)

Sumber: Putra Mar & FB APM Kuala Muda

 

 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.