Siakap Keli
Kredit : Twitter DoctorAjayita

(Video) Viral Aksi ‘Berani Mati’ Kereta Buat Pusingan U Di Lereng Bukit, Bikin ‘Berderau’ Darah

Memang diakui bahawa ada sesetengah pemandu pandai mengawal kenderaan mereka lebih-lebih lagi ketika di kawasan bergunung atau berbukit. Beberapa langkah keselamatan harus diambil jika melewati lorong-lorong kawasan terbabit.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini sebuah video tular di media sosial apabila sebuah kereta ‘berani mati’ membuat pusingan U di lorong yang sempit dan berbahaya di tebing bukit.

Merujuk laporan India Times, pada awalnya rakaman tular tersebut menunjukkan sebuah kereta berwarna biru gelap sedang menuruni jalan sempit yang kelihatan agak curam.

Bagaimanapun ketika melalui tebing berbahaya, pemandu tersebut dilihat perlahan-lahan berjaya membelok dan memusingkan keretanya sehingga 180 darjah dan melewati jalan sempit itu.

Jika perkara ini berlaku, kebanyakan pemandu pastinya tidak mampu untuk berbuat sedemikian.

Namun, apa yang telah dilakukan oleh pemandu tersebut rata-ratanya telah membuka mata orang ramai.

Video yang tular itu telah mendapat perhatian warganet sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta kali setakat ini.

Ramai netizen memuji keberanian dan kebolehan pemandu tersebut yang ‘selamba’ membuat pusingan U di jalan yang sempit itu.

Malah ada juga di antara mereka turut berasa gerun ketika melihat aksi yang ditunjukkan dalam video tersebut.

Menurut seorang pengguna Twitter, kejadian itu berlaku di India kira-kira sekitar tahun 2019, namun kini menjadi semakin tular selepas dimuat naik.

Walau bagaimanapun, ada satu video daripada sudut lain yang menunjukkan bahawa pemandu tersebut sebenarnya tidak berada di tebing.

Sumber : India Times

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.