Siakap Keli
Gambar Hiasan via Indozone

Betul Ke Kopi Boleh Mengganggu Tidur & Menghalang Pertumbuhan? Ini Perkongsian Dari Pakar

Kopi merupakan salah satu minuman yang paling digemari oleh ramai orang di seluruh dunia. Selain memberikan rasa pahit dan manis, kopi juga sesuai untuk dinikmati semua orang.

Kopi biasanya mengandungi kafein antara 160 miligram. Malahan kopi yang dikatakan tanpa kafein, sebenarnya ia tidak sepenuhnya bebas kafein.

Namun, betul ke ramai orang cakap bahawa kopi boleh mengganggu tidur seseorang dan menghalang pertumbuhan? Mari kita dengar ulasan dan pandangan daripada pakar.

Fakta bahawa kopi menghalang pertumbuhan

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat oleh Healthline, ia menunjukkan bahawa orang dewasa Amerika Syarikat berumur 18-65 telah minum lebih banyak kopi berbanding mana-mana minuman berkafein lain termasuklah teh dan soda.

Bagi kalangan remaja, kopi adalah minuman berkafein kedua paling banyak digunakan selepas minuman isotonik. Oleh itu, terdapat banyak perdebatan yang membincangkan sama ada kopi selamat untuk diminum oleh golongan remaja kerana ia dikatakan menjadi punca terhalangnya pertumbuhan dan perkembangan tulang.

Satu kajian telah dibuat terhadap 81 gadis berumur 12-18 selama enam tahun.

Meskipun mengambil kafein harian berbeza iaitu tertinggi dan paling rendah, keputusan kajian menunjukkan tiada perbezaan kesihatan dan perkembangan tulang yang ditemui antara mereka.

Asal sebenar mitos ini masih lagi tidak diketahui, namun ia dianggap ada kaitan dengan kafein yang secara semula jadi ditemui dalam kopi. Kajian awal mengaitkan antara pengambilan kafein dan pengurangan penyerapan kalsium yang diperlukan untuk kekuatan dan kesihatan tulang.

Oleh itu, masih belum terlambat untuk memberi amaran kepada para remaja tentang keburukan meminum kopi kerana bimbang ia akan menghalang tulang mereka daripada berkembang sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, pengurangan dalam penyerapan kalsium yang berkaitan dengan pengambilan kafein adalah sangat kecil sehingga ia boleh diimbangi dengan menambah 1-2 sudu besar susu kepada setiap 6-auns (180 ml) cawan kopi yang diminum.

Fakta bahawa kopi boleh mengganggu tidur

Jika sebelum ini kopi tidak dapat menghalang pertumbuhan, kafein dalam kopi boleh meningkatkan kewaspadaan dan tenaga buat sementara waktu, tetapi ia juga boleh mengganggu tidur.

Kafein kekal dalam badan orang muda lebih lama daripada dalam badan orang dewasa. Oleh itu, kesannya mungkin mengambil masa lebih lama untuk hilang bagi golongan muda.

Kajian selama seminggu telah dilakukan terhadap 191 pelajar sekolah menengah bagi meneliti corak tidur dan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi kafein. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan kafein berkisar antara 0-800 miligram sehari.

Pengambilan kafein yang lebih tinggi dikaitkan dengan tidur yang berkurangan atau terganggu pada waktu malam. Kesannya, ia membuatkan para pelajar rasa lebih mengantuk pada siang hari.

Remaja yang kurang tidur lebih berkemungkinan tinggi untuk menunjukkan prestasi rendah dalam akademik.  Makan makanan yang lebih tinggi gula dan kalori merupakan faktor penyumbang kepada lebih ramai kanak-kanak menghidap penyakit obesiti.

Sumber: Indozone

Akhmar Ikmal