Siakap Keli
Kredit: Indozone

Betul Ke Manusia Hanya Guna 10 Peratus Daripada Keseluruhan Otak? Ini Jawapan Pakar

Penceramah yang datang ke sekolah pada masa dahulu sering berkata bahawa manusia hanya menggunakan 10 peratus daripada kapasiti otak mereka. Walaupun tidak ada kajian saintifik yang dapat membuktikannya, tetapi ia dapat memotivasikan manusia untuk menjadi lebih bijak.

Lazimnya, frasa tersebut sering dikaitkan dengan saintis Albert Einstein yang mendakwa boleh menggunakan kuasa otaknya melebihi 10 peratus. Namun begitu, benarkah manusia hanya menggunakan 10 peratus daripada kapasiti otak mereka?

Pakar saraf dari Sekolah Perubatan Johns Hopkins, Amerika Syarikat bernama Barry Gordon berkata pernyataan yang mengatakan bahawa manusia hanya menggunakan 10 peratus daripada kapasiti otak mereka hanyalah mitos. Malah, manusia menggunakan semua keupayaan otak mereka dan kebanyakan otak mereka aktif sepanjang masa.

“Kita semua menggunakan keseluruhan bahagian otak dan kebanyakan otak kita akan sentiasa aktif sepanjang masa,” kata Barry Gordon kepada Scientific American.

Untuk makluman semua, 10 peratus mitos itu diambil daripada penulisan seorang ahli psikologi Amerika Syarikat, William James dalam bukunya yang bertajuk The Energies of Men yang menyatakan manusia hanya menggunakan sedikit kebolehan otak, mental dan fizikal yang ada.

Menurut Barry Gordon, otak hanya mempunyai berat tiga peratus daripada badan, tetapi boleh mengawal kira-kira 20 peratus tenaga badan. Tenaga badan digunakan oleh otak untuk menggerakkan berjuta-juta neuron yang bersambung antara satu sama lain.

Itulah sebabnya otak mempunyai fungsi yang lebih tinggi dan utama daripada organ lain. Namun begitu, sekiranya badan kita berehat, otak kita akan turut berehat.

Sejajar dengan Barry Gordon, pakar neurologi dari Mayo Clinic bernama John Henley memaklumkan bahawa otak akan berfungsi selama 24 jam dan menggunakan semua kebolehan otak dalam aktiviti harian.

“Bukti penyelidikan menunjukkan bahawa dalam sehari anda menggunakan 100 peratus keupayaan otak,” kata John Henley.

Sumber: Indozone

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.