Siakap Keli
Kredit: Mental Floss

Bukan Hanya Gadget, Rupa-rupanya Apple Pernah Keluarkan Produk Baju & Aksesorinya

Jenama Apple sudah mencipta nama yang kukuh di serata dunia terutamanya di kalangan anak-anak muda pada masa kini. Disebabkan bijak dalam pemilihan reka bentuk produk dan kemahiran yang sentiasa “dekat” dan tepat dengan apa yang pelanggan mahukan, Apple telah mempunyai pengikut dalam perniagaannya selama 40 tahun.

Seperti perniagaan biasa yang mempunyai pasang surut, syarikat itu tidak terlepas daripada beberapa kesilapan yang membuatkan perniagaan mereka kurang mendapat nama pada satu masa dahulu.

Pada tahun 1985, Steve Jobs telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi disebabkan terdapat perebutan kuasa dengan John Sculley. Setahun kemudian, syarikat itu cuba melihat sejauh mana peminat akan mengikuti mereka perkembangan keluaran produk mereka dengan melancarkan “The Apple Collection“.

The Apple Collection” mengeluarkan beberapa jenis pakaian, aksesori berjenama Apple dan item gaya hidup yang bertujuan untuk menggalakkan pelanggan memberikan sokongan mereka terhadap syarikat dengan cara yang paling baik.

Mari mengembara ke 30 tahun lepas untuk melihat “The Apple Collection” dengan lebih dekat. Pastikan mata anda sentiasa terbuka untuk melihat semua koleksi tersebut. JOM!

Kredit: Mental Floss
Kredit: Mental Floss
Kredit: Mental Floss
Kredit: Mental Floss
Kredit: Mental Floss
Kredit: Mental Floss
Kredit: Mental Floss
Kredit: Mental Floss
Kredit: Mental Floss
Kredit: Mental Floss
Kredit: Mental Floss
Kredit: Mental Floss

Sumber: Mental Floss

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.