Siakap Keli
Kredit : antipestnorthwest.co.uk

Hati-hati Ketika Beli Racun Semut, Bahan Ini Boleh Dikesan Dalam Badan Anda Selepas Bertahun-tahun Lamanya

Apabila tiba sahaja musim hujan dan lembab, mulalah keluar segala binatang yang ada, terutamanya semut. Sekali datang bukan seekor dua, satu koloni dia bawa.

Kebiasaannya, semut-semut ini keluar disebabkan kawasan busutnya dah dicerobohi atau untuk mencar sumber makanan. Kadang-kadang tu penuh satu meja dikerumunnya bekas-bekas makanan.

Jadi, bila dah keluar tu, bermulalah operasi ibu-ibu untuk membeli racun bagi menghalau semuat-semut berpesta di sesuatu kawasan.

Tetapi, tahukah anda bahawa bukan semua jenis racun yang sesuai digunakan. Kena perhatikan betul bahan kandungan yang digunakan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita baca perkongsian daripada Public Health Malaysia.

Racun semut jenis Shang Jia Ant Clean ini dijual secara berleluasa di pasar malam dan jualan online. Ramai yang gunakannya tanpa mengetahui bahaya produk ini kepada tubuh dan persekitaran.

Jangan main main, racun ini mengandungi bahan beracun Mirex yang sangat lama boleh berada dalam tubuh dan bersekitaran. Ia tidak mudah terurai dan masih ada kesan racun walaupun sudah bertahun lamanya.
Sebab itu bahan beracun Mirex tidak dibenarkan digunakan di Malaysia. Ada kes keracunan yang dikesan, racun masih dapat di kesan dalam tubuh selepas bertahun tahun lamanya.

Ya, yang nak dibunuh semut, tapi yang akan kena kesan racun anak anak. Elakkan menggunakan racun jenis ini untuk keselamatan bersama. 

Kredit : Public Health Malaysia

Sumber : Public Health Malaysia

Fathin Nadzira