Siakap Keli
Gambar: via Google

Jaga-jaga, Selangor & KL Antara 7 Negeri Dilanda Hujan Lebat & Ribut Petir Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemaskini jam 5:30 petang tadi mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda 7 buah negeri dan beberapa kawasan sekitarnya sehingga 9 malam ini.

Negeri yang terlibat sehingga 9:00 malam ialah Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta), Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis), Selangor (Petaling dan Sepang), WP Kuala LumpurWP Putrajaya.

Manakala, di negeri Sarawak pula melibatkan kawasan Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dab Limbang.

Oleh itu, penduduk di negeri dan kawasan yang dijangka terlibat, anda dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memandu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber: MetMalaysia

 

 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.