Siakap Keli
Gambar: allthatsinteresting

Jauh Dari Manusia, Kenali Point Nemo, Tempat Paling Terpencil Di Lautan Yang Disangka Ada Raksasa

Terdapat pelbagai tempat di muka bumi ini yang masih menjadi misteri. Salah satunya ialah tempat paling terpencil di dunia atau dipanggil Point Nemo. Nama “Nemo” itu sendiri diambil dari bahasa Latin yang bermaksud “tiada sesiapa”.

Point Nemo secara rasminya dikenali sebagai “kutub lautan yang tidak boleh diakses” atau titik di lautan yang paling jauh dari daratan. Tempat itu dikelilingi oleh lebih daripada 1,000 batu lautan dalam setiap arah. Antara pulau yang terdekat dari Point Nemo adalah Pulau Pitcairn di Utara, Pulau Paskah di Timur Laut dan Pulau Antartika di Selatan.

Koordinat sebenarnya terletak di dalam South Pacific Gyre di mana arus berputar dengan sangat besar sehingga menghalang air yang kaya dengan nutrien daripada mengalir ke kawasan itu.

Tanpa sebarang sumber makanan, adalah mustahil untuk mengekalkan sebarang kehidupan di bahagian lautan ini selain daripada bakteria dan ketam kecil yang hidup berhampiran lubang gunung berapi di dasar laut.

Oleh kerana Point Nemo terletak di kawasan yang telah disifatkan sebagai “kawasan biologi paling kurang aktif di lautan dunia”, saintis terkejut apabila mereka mengesan salah satu bunyi bawah air paling kuat pernah direkodkan berhampiran kutub pada tahun 1997.

Bunyi itu ditangkap oleh mikrofon bawah air yang berjarak lebih daripada 3,000 batu. Para saintis di Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan buntu memikirkan sesuatu yang cukup besar untuk mencipta bunyi yang begitu kuat di bawah air dan menggelarkan bunyi misteri itu The Bloop. Hal ini telah menarik perhatian peminat sains fiksyen di mana mereka membuat satu spekulasi tentang bunyi tersebut.

Apabila penulis H.P. Lovecraft pertama kali memperkenalkan pembaca kepada raksasa titulernya yang terkenal pada tahun 1926 yang dipanggil “The Call of Cthulhu,” dia menulis bahawa sarang makhluk itu adalah bandar R’yleh yang hilang di selatan Lautan Pasifik. Lovecraft memberikan R’yleh koordinat 47°9′S 126°43’W, iaitu sangat dekat dengan Point Nemo dan tempat The Bloop direkodkan.

Fakta bahawa Lovecraft mula-mula menulis tentang raksasa lautnya pada tahun 1928 (hampir 50 tahun penuh sebelum Lukatela mengira lokasi Nemo) menyebabkan sesetengah orang membuat spekulasi bahawa kutub yang tidak dapat diakses itu sebenarnya rumah kepada sejenis makhluk yang belum ditemui.

Ternyata, The Bloop sebenarnya adalah bunyi ais yang pecah di Antartika dan bukannya panggilan Cthulhu. Bagaimanapun, Point Nemo mempunyai sekurang-kurangnya satu tuntutan lain yang menakutkan terhadap namanya. Disebabkan keterpencilan dan jaraknya dari laluan perkapalan, kawasan sekitar Nemo telah dipilih sebagai “kuburan kapal angkasa”.

Oleh kerana kapal angkasa autonomi tidak direka bentuk untuk bertahan dari kemasukan semula ke atmosfera Bumi (panas biasanya memusnahkan mereka), saintis perlu memilih kawasan di mana terdapat risiko yang sangat rendah untuk mana-mana manusia diserang serpihan angkasa lepas. Dengan populasi sifar, kutub lautan yang tidak dapat diakses di Point Nemo menawarkan penyelesaian yang sempurna.

Walaupun raksasa Lovecraftian mungkin tidak bersembunyi di kedalamannya, Point Nemo dikelilingi oleh sisa-sisa kapal angkasa yang sememangnya bukan dari dunia ini.

Sumber: Allthatsinteresting, Youtube

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.