Siakap Keli

Paip Pecah Di Seksyen 15, Ini Senarai Penuh 142 Kawasan Di Petaling & Klang Alami Gangguan Air Tak Berjadual

SHAH ALAM, 26 Jan – Susulan insiden paip pecah yang berlaku di Seksyen 15, sebanyak 142 kawasan telah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual di Petaling dan Klang pada Rabu.

Makluman itu dimaklumkan sendiri di akaun Twitter Air Selangor yang memaklumkan bahawa insiden paip pecah tersebut berpunca daripada kerja-kerja pembangunan jalan berdekatan Lebuhraya Persekutuan oleh pihak ketiga pada 25 Januari 2022.

Susulan perkara itu, Air Selangor mula menjalankan kerja-kerja kecemasan bagi membuat pembaikan paip pecah tersebut bermula jam 3 petang, Rabu.

Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 3:00 pagi, 27 Januari. Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada semua premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan sepenuhnya.

Untuk mengetahui lokasi yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di Petaling dan Klang, sila rujuk perkongsian Twitter di bawah.

Sumber: Twitter Air Selangor

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.