Pada 20 Januari 2022, Sensodyne telah melancarkan satu kempen yang bertajuk “#ReclaimLifeSmallPleasures with Sensodyne”. Kempen ini sekaligus dibuat untuk mempromosikan produk keluaran terbaru mereka bernama Sensodyne Deep Repair & Protection For Sensitive Teeth.
disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi Sensodyne bernama Sensodyne Malaysia. Brandon Ho telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi hos dalam siaran langsung tersebut dan diteman oleh seorang pelakon, Sean Lee. Mari kita lihat ringkasan perkara yang berlaku di siaran langsung tersebut.
Inspirasi Mengeluarkan Sensodyne Deep Repair & Protection For Sensitive Teeth.
Bryan Wong merupakan Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare Malaysia. Dalam siaran langsung tersebut, Bryan telah berkongsi bagaimana dirinya boleh terinspirasi untuk bekerjasama bagi mengeluarkan produk terbaru keluaran mereka tersebut.
Menurut Bryan, masalah gigi sensitif merupakan masalah gigi yang biasa. Kajian menunjukkan 7/10 rakyat Malaysia menderita masalah gigi sensitif. Dia berpendapat bahawa sesiapa yang menderita masalah gigi sensitif pasti akan sukar untuk menikmati sebarang makanan dan minuman. Masalah gigi sensitif membuatkan mereka tidak selesa dan terpaksa berhati-hati semasa sedang makan atau minum. Ianya pasti tidak menyeronokkan.
Oleh itu, dia ingin memberikan inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk sentiasa membuat penjagaan mulut dan bantu mereka mendapatkan semula kenikmatan hidup ketika mereka sedang makan atau minum. Dengan adanya produk terbaru dari Sensodyne itu, mereka yang menderita masalah gigi sensitif tidak perlu risau berkaitan perkara itu lagi ketika sedang makan dan minum.
Pihak sensodyne membuat kempen tersebut bertujuan untuk memacu kesedaran tentang sensitiviti gigi. Selain itu, mereka juga ingin semua individu memahami masalah gigi sensitif dengan lebih mendalam untuk tindakan awal. Utamakan kesihatan mulut dengan amalan penjagaan diri dengan cara yang mudah bersama Sensodyne. Akhir kata, Bryan merasakan bahawa kehidupan adalah terlalu singkat untuk masalah gigi sensitif.
Punca Masalah Gigi Sensitif Berlaku
Selain itu, mereka juga menemubual Norul Husna iaitu seorang Periodontist. Dr. Husna merasakan bahawa gigi sensitif juga terkenal sebagai hipersensitiviti pergigian. Menurut Dr. Husna, punca-punca gigi sensitiif adalah enamel wear dan receding gums.
Kajian menunjukkan bahawa masalah ini selalu berlaku kepada mereka yang berumur 20-25 tahun. Masalah ini terjadi apabila terdapat hakisan pada enamel gigi (struktur paling luar gigi) sehingga mendedahkan dentin (struktur bawah lapisan enamel) yang berada di atas saraf rangsangan.
Antara tanda-tanda terjadinya masalah gigi sensitif adalah anda rasa ngilu ketika makan/minum sejuk, makan/minum panas, makan makanan bergula dan masam, bernafas dengan udara sejuk serta ketika memberus gigi. Namun begitu, hanya doktor gigi sahaja yang boleh mengesahkan bahawa anda mempunyai masalah gigi sensitif.
Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala itu, Dr Husna menggalakkan anda untuk berjumpa pakar gigi bagi meminta nasihat daripadanya secepat mungkin. Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa pakar gigi yang bertanggungjawab setiap 6 bulan sekali mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MOH dan MKN.
Menurut Dr. Husna, setelah pakar gigi mengesahkan bahawa anda mengalami masalah gigi sensitif, anda perlulah tanya beberapa soalan berkaitan masalah tersebut. Antara soalan tersebut adalah apakah punca berlakunya gigi sentitif, apakah yang perlu dilakukan untuk memulihkannya dan bagaimana cara untuk mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk. Anda akan diberikan beberapa nasihat berkaitan penjagaan rutin gigi untuk kebaikan gigi anda.
Menurut Dr Husna, terdapat empat cara penjagaan gigi terbaik iaitu:
- Basuh dan flos gigi selalu
- Jangan basuh terlalu kuat dan selalu
- Gunakan berus gigi yang lebih lembut
- Gunakan ubat gigi yang mempunyai fungsi merawat masalah sensitiviti gigi
Beberapa Fakta Berkaitan Sensodyne Deep Repair & Protection For Sensitive Teeth.
Berikut merupakan beberapa fakta berkaitan Sensodyne Deep Repair & Protection For Sensitive Teeth. Produk terbaharu daripada Sensodyne ini telah terbukti secara klinikal untuk memulihkan masalah gigi sensitif secara mendalam. Ianya kan merawat sehingga masuk ke dalam gigi bagi memulihkan masalah gigi sensitif. Selain itu, produk ini juga telah membentuk lapisan pelindung pada gigi bagi mengelakkan diserang masalah gigi sensitif.
Akhir sekali, Brandon dan Sean telah menebual Rachel Gan iaitu Pakar Jualan MSB Lead dari GSK Consumer Healthcare Malaysia.
Menurut Rachel, Sensodyne telah mencipta formulasi inovatif dalam menawarkan rangkaian ubat gigi. Mereka tidak pernah berhenti daripada terus meningkatkan mutu teknologinya untuk terus kehadapan.
Ubat gigi keluaran terbaharu itu merupakan gabungan bersama NovaMin Technology yang dipimpin oleh Aerosil 200 teknologi dan pembaikan yang disasarkan untuk membantu memulihkan masalah gigi sensitif. Ia memberikan fokus yang mendalam untuk membaiki bahagian dalam gigi.
Dengan menggunakan NovaMin Teknologi, ia akan memulihkan gigi dengan lebih mendalam kepada keseluruhan bahagian gigi terutamanya bahagian dalam.
Ia juga mengandungi sodium fluorida untuk membantu menguatkan enamel dan menyediakan perlindungan harian untuk gigi sensitif.
Promosi Sensodyne Deep Repair & Protection For Sensitive Teeth
Pengguna juga boleh membuat pembelian Sensodyne Deep Repair & Protection For Sensitive Teeth bermula 20 Januari hingga 31 Januari 2022 di GSK dan Shopee untuk mendapatkan produk tersebut dengan harga RM10 per pack dengan minimum perbelanjaan sebanyak RM35 bagi kesemua produk Sensodyne. Selain itu, anda juga boleh menikmati 10% potongan dan RM5 baucer Shopeefood.
Anda juga boleh dapatkan Sensodyne Deep Repair & Protection For Sensitive Teeth di mana-mana pusat beli-belah, farmasi dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.Sensodyne.com.my dan juga Instagram serta Facebook @SensodyneMY
#reclaimsensodynerelief
https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=958379741451862
Sumber: Facebook