Angin kencang, ribut petir, hujan lebat dan juga banjir kilat merupakan fenomena alam yang tidak asing lagi di negara ini. Namun, berbeza pula dengan hujan batu. Kejadian hujan batu berlaku apabila awan Kumulonimbus yang aktif mencapai ketinggian 12 kilometer.
Petang semalam, penduduk di beberapa kawasan di ibu negara dikejutkan dengan kejadian hujan batu. Kejadian sekitar jam 5 petang itu menjadi tular di laman media sosial apabila warganet mula berkongsi perihal tersebut.
Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi akaun rasmi Twitter memuat naik beberapa fakta tentang fenomena hujan batu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh rujuk infografik di bawah ini.
𝗧𝗔𝗛𝗨𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗗𝗔, 𝗙𝗘𝗡𝗢𝗠𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗨𝗝𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗧𝗨. 👩🏫👩🏫👩🏫
#caknacuaca#metmalaysia#KementerianAlamSekitarDanAir#MenangBersama#KeluargaMalaysiaSiagaBencana#hujanbatu pic.twitter.com/o3beTlBRb0— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 25, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia