Siakap Keli
Kredit: BERNAMA

Tak Sangka, Bukan Kuning, Merah Atau Oren, Ini Adalah Warna Sebenar Matahari

Seperti yang dapat dilihat secara mata kasar, cahaya matahari akan berwarna jingga kemerahan ketika matahari terbit dan terbenam. Ketika sedang panas terik pula, matahari akan menjadi kuning terang.

Perkara tersebut sekaligus membuatkan kita sangka bahawa warna matahari adalah kuning ataupun oren.  Namun hakikatnya, warna matahari sebenarnya bukan kuning mahupun oren.

Jika anda melihat matahari melalui Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) atau bulan, anda akan dapat lihat warna asli matahari yang sebenarnya. Warna asal matahari adalah putih.

Menurut laporan daripada Thoughtco, matahari dilihat berwarna kuning pada waktu siang dan oren pada waktu matahari dah nak terbit atau terbenam adalah kerana ia melihat matahari melalui ‘penapis’ atmosfera Bumi.

Atmosfera bumi mengubah warna asal matahari dengan menyerakkan cahaya di kawasan bergelombang pendek. Fenomena ini dipanggil ‘Rayleigh scattering.’

Penyerakan warna dalam gelombang pendek oleh penapis atmosfera Bumi telah menjadikan langit kelihatan biru. Kemudian, taburan warna pada gelombang panjang seperti merah, oren dan kuning bertaburan dan dibiaskan di langit.

Lapisan atmosfera yang tebal seperti pada waktu matahari terbit dan terbenam, ia akan menjadikan matahari kelihatan merah, oren atau jingga.

Manakala lapisan atmosfera yang nipis misalnya pada waktu siang akan menjadikan matahari kuning atau hampir dengan warna asalnya.

Selain pengaruh atmosfera, asap dan kabus juga boleh menyerakkan cahaya sehingga menjadikan matahari kelihatan oren atau merah.

Sumber: Indozone, NASA

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.