Terkini, kesihatan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan semakin pulih pada hari ini.
Perkara tersebut dikongsikan oleh anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.
Menurut kenyataan itu, dari hasil penilaian pasukan doktor yang merawat Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau didapati semakin pulih.
“Hari ini Tun Dr Mahathir dipindah keluar dari Unit Rawatan Koronari ke bilik wad biasa, Institut Jantung Negara (IJN).
“Tun Dr Mahathir ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya.
“Bagi mengelak jangkitan, kedua-dua Tun Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak dibenarkan menerima pelawat IJN ketika ini” maklum kenyataan tersebut hari ini.
Tambah kenyataan itu, beliau dan keluarga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar beliau sembuh sepenuhnya.

Sumber: Twitter Tun Dr Mahathir