Siakap Keli

(Video) Akak Ni Kongsi Tips Cara Nak Hentikan Orang Tak Dikenali ‘Tag’ Content 18SX Kat Facebook

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah tentu kita akan berasa ‘tak senang ‘ bila seseorang yang tidak dikenali tiba-tiba ‘tag’ atau mention kita di ruangan posting yang cukup memalukan. Mula lah nak panik tak tentu pasal kan?

Sebelum korang gelabah sebenarnya ada cara mudah untuk korang hentikannya di Facebook. Tak percaya? Jom, tonton video yang dikongsikan oleh Linnzack di laman Tiktoknya tentang cara untuk hentikan ‘tag content’ 18sx di Facebook.

Jadi, ini langkah-langkahnya yang korang perlu ikut. Mudah sangat, boleh guna cara ini di aplikasi di telefon pintar je.

1. Klik pada garisan di sebelah kanan korang

2. Kemudian, klik pada simbol ‘setting’

3. Pergi ke bahagian ‘audience and visibility’

4. Klik pada ‘profile and tagging’

5. Klik pada ‘tagging’, ada dua bahagian yang korang kena pilih sama ada untuk ‘friends’ atau ‘only me’. 

6. Selepas itu, klik pada bahagian ‘Reviewing’, korang boleh ubah sama ada untuk buka atau tutup di ruangan tersebut.

Menurut wanita ini di dalam rakaman video tersebut, dia hanya buka untuk kawan di Facebook sahaja. Jadi, jika orang luar atau individu yang tidak dikenali cuba untuk ‘tag’ sudah tidak naik nama kita di Facebook.

Mudah kan, jom cuba langkah yang dikongsikan di atas. Semoga bermanfaat.

Sumber: Linnzack

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.