Televisyen sudah menjadi satu keperluan bagi mengisi masa lapang seseorang. Mana tidaknya, kalau tiada televisyen di rumah, tak lengkaplah sesebuah rumah itu. Dengan adanya televisyen, kita boleh mengetahui info semasa dengan menonton berita, meluangkan masa dengan menonton movie bersama keluarga, bermain game dan sebagainya.
Pun begitu, televisyen juga mempunyai tempoh masanya. Jika sudah terlalu lama digunakan, pasti akan timbul banyak masalah. Biasanya, kerosakan yang sering berlaku adalah seperti gambar bergoyang dan skrin berbelang warna-warni. Walaupun ia masih berfungsi, tetapi ia agak sedikit memeningkan untuk ditonton.
Nak dibaiki, boleh mencecah ratusan ringgit juga. Malah kalau nak beli baru, bajet untuk televisyen baru pula tiada. Ditambah lagi pada waktu sekarang, ekonomi tidak stabil dan memerlukan wang untuk hal yang lebih penting.
Bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana hari ini SK akan kongsikan tips untuk repair tv anda sekiranya anda mengalami masalah yang sama.
Menerusi satu hantaran di Facebook Tukang Apa Hari Ini, Hairul Faiszul Sanuri ada kongsikan bagaimana nak repair tv anda jika berlaku masalah seperti skrin bergoyang tanpa perlu mengeluarkan duit anda. Ikuti perkongsian di bawah ini.

Sebelum repair. Display TV goyang-goyang.

Step 1 : Buka casing tv.

Step 2 : Pastikan jalur wayar putih (ribbon) yang attach antara board dan skrin LED.

Step 3 : Try & error cari jalur berlaku short. tampal dengan sellotape

Step 4 : Masukkan balik ribbon dalam clip. Pasang semula casing.

Last : Test, skrin dah ok. Jimat RM 350.
Sumber: Facebook Tukang Apa Hari Ini