Siakap Keli
Gambar: TikTok

(Video) “Mak Kata Dia Dah Famous…” Haziq ‘Wartawan Cilik’ Jadi Wakil KKM Pula Buat ‘Announcement’ Pasal Vaksin Keliling Kampung

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Namanya kini sudah terkenal dengan panggilan ‘Haziq wartawan’ yang bersemangat melaporkan berita di tempat kejadian di mana ada terjumpa seekor ular sawa yang bersaiz besar baru-baru ini.

Tidak dinafikan orang ramai sangat kagum dengan kepetahan adik Mohd Haziq menyampaikan berita tentang perkara yang berlaku itu. Sehingga kini, si cilik ini bagaikan ‘tidak menang tangan’ mendapat temubual bersama-sama orang media.

Terbaru, tular satu video tentang adik Haziq yang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) di kawasan rumahnya. Kali ini dia ‘bertugas’ sebagai wakil pegawai kesihatan menyeru kepada penduduk kampung untuk menerima dan mendapatkan dos penggalak seperti yang diwar-warkan  kerajaan.

Pemilik akaun Tiktok ini, Damia_millatina sempat berseloroh tentang adik ini dan mengatakan bahawa dia semakin terkenal sehingga orang KKM pun ambil dia jadi wakil untuk pengumuman tentang suntikan vaksin penggalak.

“My mom told me hes getting famous! Sampai KKM amik dia bawak p bagi announcement dekat kawasan kampung.”

@damia_millatina

🤣🤣🤣 my mom told me hes getting famous! Sampai kkm amk dia bawak p bagi announcement dkt kawasan kg.

♬ original sound – Damia Millatina – Damia Millatina

Tak kurang juga di ruangan komen yang memberi kata-kata semangat kepada adik ini dan ada yang bercerita pengalamannya bersama adik Haziq ketika di kampung halaman.

“Dah dapat berlakon gais”

“Dia pernah beletiaq(berleter) dekat kami pasal makcik jual karipap angin”

“Ni bakal graduan dengan 10 tahun pengalaman”

“Lepas ni habis job wartawan….”

Sumber: Damia Millatina

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.