Setiap daripada kita mesti punya cara yang berbeza untuk menenangkan fikiran. Salah satunya dengan mengunjungi tempat-tempat yang tenang.
Dalam keadaan sebegini, melihat pemandangan alam semulajadi sedikit sebanyak dapat menjernihkan fikiran. Maka tak hairanlah jika ramai yang memilih berkunjung ke kawasan air terjun untuk menenangkan diri.
Tapi lain pula ceritanya dengan wanita ini. Berniat menenangkan fikiran yang sedang serabut di sebuah kawasan perairan, wanita ini tak sangka kehadirannya ‘disambut’ bunyi misteri seakan-akan suara kanak-kanak ketika berkunjung ke lata tersebut seorang diri.
Suara ‘budak’ berkenaan juga sempat dirakam wanita itu dan dimuatnaik di laman TikTok miliknya. Video tersebut mendapat sorotan warga net sehingga ditonton sebanyak 273.9 ribu kali di TikTok setakat ini.
“Allahu, bila sampai rumah tengok balik video yang saya record tadi, baru perasan suara budak. Padahal saya sorang-sorang je dekat sini.
“Saya datang sini nak tenangkan fikiran yang tengah serabut ni. Tak sangka ada yang teman,” tulis wanita yang dikenali sebagai Natasya ini dalam video unggahannya.
Tambah Natasya di ruangan komen, video tersebut dirakam pada 10 Januari lalu, kira-kira jam 5.41 petang di salah sebuah lata di negeri Kelantan.
@humaira_493 ingat kan mandi sorang sorang rupanya ada yang teman 😱😱😱😱#fyp
“Ini halamanku, buat apa tu?”
Menjengah ke ruangan komen, warga net rata-rata mengaku turut mendengar suara misteri tersebut berkata, “Ini halamanku, buat apa tu?” Malah dikatakan mereka mendengar suara tersebut lebih mirip nenek tua berbanding suara kanak-kanak.
Sumber: TikTok