Semua orang mesti inginkan sebuah rumah yang cantik, elegen, dan kelihatan mewah. Kadang-kadang anda tidak perlu pun menggunakan barangan yang mewah dan mahal untuk menjadikan sesebuah rumah tersebut cantik dan mewah.
Melalui sebuah perkongsian yang dikongsikan di akaun TikTok @the_avantgarde, dia ada berkongsi cara bagaimana mahu menjadikan rumah anda kelihatan mewah dan mahal.
Julie Sousa, seorang pereka dalaman rumah telah memberitahu ‘kesalahan’ yang dilakukan oleh sesetengah orang ketika menghias rumah sehingga rumah kelihatan ‘murah’.
Pereka yang berasal daripada Boston tersebut menyatakan bahawa saiz dinding seni anda akan memberi kesan kepada keadaan rumah tersebut.
Katanya di dalam video tersebut, jika mahu kawasan dinding hiasan anda kelihatan cantik dan mewah, anda boleh ikut cara ini.
Mula-mula anda perlu mengukur panjang dan lebar dinding hiasan tersebut dan darabkan setiap satu dengan 0.60 dan 0.75 untuk mendapatkan anggaran lukisan yang ingin anda letakkan.
“Jadi untuk dinding yang berukuran 9 x 8 kaki, anggaran ukuran yang bagus adalah antara 57.6 inci hingga 72 inci lebar. Manakala bagi tinggi pula adalah antara 64.8 inci dan 81 inci,” kongsinya dalam video itu.
Untuk kefahaman lebih jelas, jom ikuti videonya di bawah ini. Semoga bermanfaat!
@the_avantgarde
Sumber: @the_avantgarde