Siakap Keli
Gambar: Siti Sara

Wanita Kongsi Idea ‘Deko’ Rumah Sewa Flat Dua Bilik, Dari ‘Sempit’ Jadi Macam Apartment

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memiliki rumah sendiri sudah pasti menjadi idaman setiap daripada kita. Bila dah ada rumah sendiri, maka makin bebaslah kita nak mempercantik rumah mengikut citarasa sendiri.

Namun tak dinafikan, proses untuk membeli rumah sendiri tidaklah mudah, ditambah pula dengan kekangan kos. Maka sudah menjadi kebiasaan kebanyakan daripada kita memilih untuk menyewa terlebih dahulu.

Walaupun tinggal di rumah sewa, kita masih boleh mewujudkan kediaman yang kemas dan selesa. Dengan susun atur dan dekorasi yang sesuai, rumah sewa yang kecil juga boleh terlihat cantik.

Begitu juga dengan wanita yang dikenali sebagai Siti Sara ini. Baginya, rumah yang kemas dan bersih ni sebenarnya tak kira status rumah sewa atau rumah sendiri. Apa yang lebih penting adalah keselesaan semasa berada di rumah.

Oleh itu, Siti Sara melalui laman Instagram miliknya berkongsi idea dekorasi di rumah sewa jenis flat dua bilik yang didiaminya. Ikuti perkongsian Siti Sara di bawah ini.

Rumah nampak macam luas

Dari pintu depan, terus nampak dapur. Tak luas sangat rumah ni. Mungkin yang rasa rumah Sara nampak macam luas, sebab colour cat rumah warna putih dan hiasan di dinding pun tak berapa banyak.

Gambar: Siti Sara

Tapi Sara tak tahu code cat dan brand apa sebab tuan rumah yang cat. Sara masuk rumah ni memang dah sedia rumah warna putih, pintu dan bingkai tingkap warna kelabu

“Banyak warna sangat nanti nampak bilik makin sempit..”

Bilik untuk tiga orang anak lelaki. Tak deko ikut tema kanak-kanak sebab sorang suka dinosaur, sorang suka Batman, Superman, sorang lagi suka Naruto. Caca marba nanti biliknya. Lagi pun ruang bilik ni sangat-sangat kecil, banyak warna sangat nanti nampak bilik makin sempit.

Gambar: Siti Sara

Anak-anak Sara tiga orang semuanya lelaki. Nak letak katil lagi sebiji, jadi sempit pulak. Kesian takda ruang main. So lagi sorang tidur tilam kat bawah. Bila nak tidur, tarik keluar tilam. Dah pagi, tolak balik masuk bawah katil.

Gambar: Siti Sara

Alat tulis extra, buku lukis, buku tulis yang jarang guna semua letak dalam drawer putih. Buku sekolah yang selalu guna susun atas drawer.

Almari baju tiga pintu kongsi letak baju tiga-tiga beradik.

Gambar: Siti Sara

Memang tak guna apa-apa tikar lagi sebab tak jumpa yang berkenan di hati mamanya.

Selain ruang tamu bilik anak-anaknya, Sara turut memuatnaik gambar susun atur ruangan lain dalam beberapa hantaran di Instagram miliknya.

Gambar: Siti Sara

Bagi yang tengah cari idea nak deko rumah dengan ruangan terhad, boleh la jadikan dekorasi rumah Sara ni sebagai inspirasi. Semoga bermanfaat!

Sumber: Instagram Siti Sara

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.