Siakap Keli
Gambar Hiasan: via Google

Ketahui 10 Cara Ni Nak Buat ‘Passive Income’ Di Internet

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Passive income adalah pendapatan yang mana memerlukan seseorang untuk berusaha terlebih dahulu dan kemudiannya akan menjana pendapatan secara berterusan untuk jangka masa panjang.

Terdapat beberapa jenis ‘income‘ pasif yang kita boleh cuba. Namun kebanyakannya memerlukan modal yang besar sebagai permulaan.

Sesuai dengan situasi sekarang, ‘income‘ pasif ini dilihat dapat membantu seseorang untuk menghasilkan wang tanpa perlu bergerak secara aktif.

Menerusi satu perkongsian di akaun Twitter Hafiz Azman, dia ada berkongsikan mengenai bagaimana nak buat ‘passive income‘ di internet.

Menurut Hafiz Azman, ‘passive income‘ di internet adalah perkara yang tidak mustahil untuk dilakukan. Apa yang diperlukan adalah usaha yang lebih pada peringkat awal.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh baca perkongsian di bawah.

Ketahui Cara Nak Buat ‘Passive Income’ Di Internet

Macam mana nak buat ‘pasif income’ di Internet? Its possible. Tak susah tapi perlukan effort di peringkat awal. Dalam thread ni, saya explain 10 steps buat pasif income, based on my own case study. Nak tahu? Jom!

*RT supaya ramai dpt belajar sekali.

Kredit: Hafiz Azman

Sebelum tu, ada disclaimer. Benda ni is a real business. Bukan ‘skim cepat kaya. So ia perlukan effort di peringkat awal. But once everything in place, workload akan semakin berkurangan as the business grow. If you are interested, please continue reading.

1. Brainstorm niche (topik)

Buat list knowledge, pengalaman, network, dan minat korang. Atau maybe ada something yang korang sedang usahakan or sedang belajar. Brainstorm sebanyak mungkin ikut kategori. Campak semua dalam Gsheet.

Kredit: Hafiz Azman

2. Semak potensi untuk monetize

Lepas tu korang tengok satu-satu dalam list tadi, buat research sikit. Ada tak blog dlm niche tu? Apa dia jual? Ada tak produk yang sesuai utk anda jual utk niche-niche tadi? Hasil research tadi, take note dan letak dalam list Gsheet tadi.

Kredit: Hafiz Azman

3. Decide niche

Then korang go through the list dan tengok mana yang fulfill formula ni. Passion + (Knowledge/Experience/Network) + Monetization = Make Money! Decide betul-betul. Take time sebab your succes depends on your research.

Kredit: Hafiz Azman

4. Bina authority blog

Lepas decide niche, u need to have your own publishing channel. Bukan menumpang platform org. This is important if u want to dominate the market. Tengok macam @surayaror. She’s dominating personal finance market with her blog RinggitOhRinggit.com

Kredit: Hafiz Azman

5. Hasilkan konten blog berkualiti

Dah ada platform, kita kena bagi ‘roh’ supaya dia hidup. Untuk blog, roh ini adalah konten. Tanpa konten, korang tak mampu bina trust dan kredibiliti. Apatah lagi nak suruh orang membeli. Belajar dan praktis menulis konten cepat-cepat.

Kredit: Hafiz Azman

6. Cari peluang sebagai Affiliate

Dah ada few konten, boleh la cari peluang sebagai Affiliate. Affiliate ni basically adalah promoter bagi produk orang lain. If orang klik dan beli, you akan dapat komisyen. @faqimifauzi atau yezza ada buat affiliate. Boleh join kalau sesuai.

Kredit: Hafiz Azman

7. Kumpul list email

Pastu korang dah boleh start terus kumpul email list. Ini penting sebab dengan email list, korang boleh survive lama dan buat duit banyak. Cuma korang kena la bagi ‘bribe’ untuk diaorang masuk dalam list. Contoh saya bagi ebook free ni untuk diaorang subscribe.

Kredit: Hafiz Azman

8. Promote affiliate dalam konten

Along the way, korang akan ada banyak program affiliate yang dah join. So boleh la add link-link tu di tempat yang relevan dalam konten dan blog. If your content provide enough value and convincing, sure akan ada yang beli.

Kredit: Hafiz Azman

9. Automate

If semua di atas dah buat, you can workout to automate the promotion process. Design automation pakai tools like Funnelytics, ConvertKit, HypeFury etc. Then barulah workload makin lama makin kurang. Boleh pergi holiday selalu. Lihat contoh di sini

10. Delegate

Then once korang dah ada modal, jangan buat semua sorang. Assemble team. Mana kerja yang korang tak suka, tapi penting, korang hire je orang buatkan. Takde masa menulis? Hire penulis. You can focus on things you like or more important.

Kredit: Hafiz Azman

Itu je. Tak susah pun tapi banyak sikit kerja awal-awal. Sekarang korang dah ada Blueprint dia. Boleh google dan execute terus. Atau nak mudah belajar, follow je saya dalam Authority Blogging Bootcamp ni. Semua saya ajar. Jom!

Sumber: karteldigital.my via Twitter Hafiz Azman

Nadhirah