Siakap Keli

Pelawak, Pian Cecupak Meninggal Dunia

Pelawak tempatan, Pian Cecupak atau nama sebenarna Mohd Rafik Abdul Rahman meninggal dunia di kediamannya di Flat Sentul Murni, Taman Datuk Senu, Sentul sebentar tadi.

Memetik daripada laporan Astro Awani, Allahyarham yang berusia 51 tahun menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 8 malam tadi.

Difahamkan oleh seorang ahli keluarganya memberitahu Allahyarham terjatuh di bilik air dan ditemui oleh ibunya.

Bagaimanapun, punca kematian tidak dapat dikenal pasti buat masa ini.

Pada 2018, Allahyarham dilaporkan dinasihatkan oleh doktor untuk melakukan pembedahan kerana masalah jantung yang dihadapinya amat serius.

Sumber: Astro Awani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang