Siakap Keli
Gambar : The Mirror

Ramai Anggap Nama M&M’s Berkait Dengan ‘Men And M’ladies Atau ‘Motor Mouth’, Rupa-rupanya…

Sesiapa sahaja dekat sini tidak akan sukakan manisan. Tidak kisahlah berbetuk gula-gula ke, bar ke atau minuman sekali pun, apabila ada orang beri pasti tidak akan ditolak.

Yang paling menjadi kegemaran adalah gula-gula M&M’s. Kacang yang disalut dengan coklat dan berwarna-warni itu sangat menarik minat sesiapa sahaja.

Tetapi, tahukah anda bahawa nama M&M’s itu adalah disebabkan berlakunya pertengkaran keluarga besar?

Gambar: The Mirror

Ramai yang terkeliru dengan idea nama M&M’s itu sama ada merujuk kepada perkataan atau benda.

Ada juga yang menganggap bahawa gula-gula ikonik ini  terkenal watak M&M’s tersebut merupakan dua orang perempuan yang berstatus Cik kerana salah satu wataknya memakai kasut tumit tinggi.

Selain itu, ada juga mengaitkan makanan ringan itu sebenarnya dipanggil ‘Men and M’ladies’ atau ‘Motor Mouth’.

Rupa-rupanya ini maksud M&M’s

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak menyangka rupa-rupanya M&M adalah singkatan untuk Mars & Murrie, iaitu pewaris gula-dula dan kolaborator perniagaan Forrest Mars Sr. dan Burce Murrie.

Murrie merupakan anak kepada eksekutif Hershey Willam Murrie, manakala Mars pula ialah anak kepada pengasas Mars, Frank C. Mars.

Selepas berlakunya krisis dengan bapanya pada tahun 1932, Mars berpindah ke England di mana dia mula membuat bar Mars kepada tentera, seperti yang dilapor dalam History.com.

Pada masa tersebut, dia menjadi sukarelawan untuk makan butang coklat kecil yang disalut cangkerang gula keras untuk mengelakkan coklat tersebut lebur.

Kerana minatnya dalam mengusahakan produk yang boleh dilebur pada suhu tinggi, Mars mula mendekati Murrie untuk menjalankan perniagaan baharu. Seperti yang mereka katakan, selebihnya adalah sejarah.

Gambar: The Mirror

Awalnya, M&M’s mula diedarkan secara eksklusif kepada tentera Amerika Syarikat untuk menguji ketahanan sebaik sahaja pulang ke tanah air.

Dekad berikutnya, M&M’s menjadi salah satu hidangan paling popular dalam sejarah Amerika Syarikat.

Terkejut dengan nama sebenar yang tidak diketahui, seorang penggemar M&M’s berkongsikan ciapannya bahawa mereka ‘sentiasa belajar’ selepas mengetahui tentang nama dan sejarah pengasas.

“Selepas makam M&M’s selama bertahun-tahun, barulah saya tahu bahawa salah satu ‘M’ itu adalah singkatan untuk Mars dan satu lagi adalah Murrie. Bagi saya, ia bermaksud mengagumkan dan ajaib. “

Sumber : The Mirror

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.