Siakap Keli

Sempat Sambut Hari Jadi Ibu Tercinta, Allahyarham Pian Cecupak Seakan Beri ‘Hint’ Nak Pergi Selamanya

Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati. Itulah yang dilalui setiap daripada kita yang bergelar hamba di muka bumi ini.

Tidak dinafikan, pemergian orang tersayang pastinya akan menyebabkan rasa sedih dan perit untuk ditelah dalam diri seseorang yang masih hidup. Lebih terasa apabila insan tersebut merupakan ‘penyeri’ dalam keluarga.

Dalam satu kiriman daripada anak saudara Allahyarham Pian Cecupak atau nama sebenarnya Mohd Rapik Abdul Rahman meluahkan rasa sedih apabila bapa saudaranya yang sering menjadi penyeri dalam keluarganya pergi buat selamanya.

Apa yang memilukan para pembaca apabila hajat Arwah untuk keluarganya berkumpul pada majlis hari jadi ibu tercinta menjadi kenyataan. Bahkan itulah pertemuan mereka buat kali terakhir bersama Allahyarham.

Kehilangan sebuah permata berharga dalam keluarga. Penghibur kami sekeluarga. Tenang lah pakcik Dia Pian . Doakan moga arwah ditempatkan dalam golongan orang beriman dan beramal soleh. Tak sangka birthday nenek adalah pertemuan terakhir kita.

Patut la pakcik beria sangat nak semua kumpul, pakcik beria sangat cakap nak bahagiakan nenek, rupanya pakcik nak pergi tinggalkan kami semua.  Tugasmu di dunia sudah selesai, selamat pulang ke negeri abadi. Kami pasti merindui jenakamu. Kami pasti menyusul.

“Wasap dia dalam group family seakan-akan dia tahu”

Wasap dia dalam group family seakan-akan dia tahu. Sedekahkan alfatihah buat pakcik tersayang kami semua. Mohd Rafik Bin Abdul Raman @ Pian Cecupak.

Takziah diucapkan kepada seluruh anggota keluarga, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan orang beriman. Amin.

Sumber: Syuhada Daud

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang