Dalam banyak-banyak kucing, spesis yang berwarna jingga atau lebih popular dengan panggilan ‘Oyen’ sering menjadi tumpuan di media sosial gara-gara sifat nakal mereka yang mencuit hati.
Terbaru, seorang wanita terkejut apabila mendapati ada seekor anak kucing yang dilihat seperti terperangkap dalam mesin arked di sebuah pusat dobi. Namun, apa yang menjadi perhatian ramai apabila wanita yang dikenali sebagai Intan Adnan ini menceritakan di mana si bulus ini langsung tidak nampak seperti ingin keluar daripada mesin tersebut.
Mana taknya, menerusi gambar yang dikongsinya menunjukkan Oyen ini sangat santai siap bergolek lagi di dalam mesin ini seperti sangat selesa untuk tidur. Situasi cemas tersebut bertukar lucu dengan riak wajah comel si bulus ini.
Ya Allah, tengah mendobi, tengok-tengok ade anak kucing kat box mainan ni. Nampak Alhamdulillah sihat, mata terang, tak kurus, bole gerak-gerak. Elok je kite ngeow, dia ngeow balik.
“Siap golek-golek tido dalam tu…”


Takde tanda-tanda stres, takde tanda mintak nak keluar, elok golek-golek pastu tido. Nak keluarkan tak boleh, berkunci. Dah call no dobi, dia kata akan call org box tu. Saya tak boleh lame kat sini. Dah pesan dekat kedai-kedai sebelah supaya pesan kat Aunty Linda untuk tengokkan (aunty tu memang aktif bagi makan kucing-kucing kat sini).
**@Dobi Clean Pro, Seksyen 24, Shah Alam.




Rasanya masuk ikut ni… Tinggi jugak ni


UPDATE : Baru dapat info. Rupenye dah banyak kali orang box tu datang keluarkan dia. Dia akan masuk balik, ayooo budak ni. Selagi tak letak penutup kat bawah tu, memang tak selesai la
Sumber: Intan Adnan